Sajak: Semua Kerana Muhammad
Sekadar gambar hiasan |
Semua Kerana Muhammad
Pembawa
berita gembira
pembawa
kasih sayang
pembawa
keamanan kedamaian
segalanya
menurut wahyu yang diterima.
Pelbagai
bangsa berdamai kasih
persaudaraan
terjalin mesra
akhlak
luhur pakaian diri
Allah
diagung dipuji
kebenaran
terserlah di mana-mana
usaha
dakwah bertebaran
di setiap
penjuru benua.
Dialah
junjungan al-Amin
dialah
uswatun hasanah
dialah
insan kamil
dialah
rasul nabi pilihan-Nya
dialah
Muhammad Habibullah
semua
kerana Muhammad.
Masshah
23122015
Meru.
Comments
Post a Comment