Sajak: Obama Datang Lagi
Obama Datang Lagi
Ke
sini lagi Obama
malaysia
jadi impian
TPPA
beria-ia mahunya
manfaat
untuk rakyat konon ceritanya.
Obama
ke sini lagi
bukan
mahu makan soto
bukan
mahu bercakap melayu
bukan
mahu main golf
bukan
mahu berselfie
bukan…bukan…dan
bukan
ada
mahunya
ada
agendanya.
Pemimpin
nomor satu negara
tersenyum
riang girang
berjabat
tangan
obama
sudi datang lagi
demi
takhta kekalkan kuasa
setuju
TPPA ditandatangani kah?
Rakyat
ada tersenyum riang
konon
TPPA manfaat untuk rakyat
rakyat
ada yang berhati walang
takut
pertiwi dijajah sekali
itukah
ertinya Obama datang ke sini?
Obama,
TPPA dan pemimpin nombor Satu
rakyat
terus derita dengan permainan mu.
Masshah
2122015
Meru.
Comments
Post a Comment