Sajak: Teruknya Aku 2



Teruknya Aku 2

Sempat lagi aku mahu bicara dengan kamu semua
apa khabar kamu hari, derita mu sering datang pada ku
syukur, aku sudah mula berdoa untuk kamu semua
setiap lima kali waktu, ku sebut saudaraku di mana-mana
ditindas, diterajang, dibunuh…ahh…hari-hari kematian
tidak tentu waktunya, ada sahaja yang terkorban

Aku di sini, bisa lagi bersenda gurau, membaca buku
bersiar-siar bersama famili hingga lupakan kau semua
menulis apa sahaja yang terbuku di hatiku, teruknya aku
setiap detik ada sahaja dentuman, letusan, letupan bom
siang malam mu sama sahaja, entah bila masa lena mu
anak-anak kecil mu meronta tangis…ahh betapa peritnya

Namun tebalnya keimanan mu, teguh setia pada Ilahi
hanya Tuhan tempat kau mengadu, merintih sayu sepi
betapa kau kuatnya, dibawah runtuhan batu-batu pejal
jadikan tempat mu beradu dan mengadu pada-NYA
setiap hari begitulah, biar apa terjadi sudah dijanji

Ilahi Ya Rabb…
Tuhanku selamatkanlah saudara-saudaraku
di mana-mana…
di Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan, Palestin,
di Khasmir, Lebnon, Libya...di Rohingya…
bahkan di tanah air sendiri…Ya Rabb…
selamatkalan mereka Ya Rabb…
hancur leburkanlah musuh-musuh Islam…

Aamiin Ya Rabb!

Masshah
26052015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya