Perpaduan Sejati Bukan Mimpi Negara aman perpaduannya harmoni baik dalam negara mahupun negeri rakyatnya berganding bahu bersatu hati demi kasih sayang cinta mencintai. Tiada sengketa, irihati jua benci membenci setiap budaya , bangsa, agama saling mempercayai menjaga hati sanubari jua sentiviti bekerjasama tolong bantu sungguh toleransi. Baik melayu india cina serani jua benggali setiap perayaan saling sama rasa dirai saling bersalaman muhibbah memupuk silaturahmi sudah sering menjadi budaya murni sebati. Kita bina negara atas nama demokrasi tiada siapa diantara kita dilupai dan diketepi itu agenda sudah termaktub dalam kitab hak asasi saling tunduk patuh undang-undang dihormati. Wujudnya satu yang pasti realiti bukan fantasi kerna ia satu harapan sejati suci murni kelak negara jua negeri makmur dipunyai inilah perpaduan sejati realiti bukannya mimpi. Masshah 2013 Bili buku Meru (31012014- Jumaat- 9:39pagi)
Comments
Post a Comment