Satu Perjalanan Dalam Dunia Pembacaan Masshah

Dunia buku Masshah, masih lagi berjalan seperti biasa, biarpun penulisan blognya agak perlahan, tiada perkongsian setakat ini. Kini di laman ini, segala aktiviti dan coretan berkaitan dunia bukuku aku nukilkan di sini. Buku tetap menjadi sahabat setiaku. Insyallah, selagi diberi waktu untuk membaca, aku akan terus membaca tanpa malas dan jemu, jika malas dan jemu, tak jadi apa, fikiran kusut, minda beku kerana tidak mahu baca buku. Aku tidak mahu jadi begitu, aku mahu jadi aku yang sentiasa membaca, membaca melorongkan aku ke dunia yang lebih membahagiakan dengan buku. Tanpa buku, dunia ini akan gelap kehilangan cahaya panduan. Membacalah jika anda mahu tahu mengapa perlu membaca. Dan apa nikmatnya dunia pembacaan buku. Jika ditanya bila masa aku mula membaca, aku akan jawab, sejak mula mengenal huruf dan nombor, belajar di sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, syukur, dengan izin Allah SWT,aku diberikan kebolehan untuk mengenal huruf dan sete...