Serba Tak Kena
Seharian dan semalaman aku asyik di dalam bilik bacaan
ku, tetapi sebuah buku pun tidak aku habis hadami. Entah resah apa tiba-tiba
menerjah kalbuku.
Sana sini serba tidak kena, melihat buku-buku yang
tersusun di hadapan mataku pun rasa tidak ada apa-apa, tidak seperti selalunya.
Ya ada apa ya dalam benak fikiranku ini. Apa yang
menganggui segmen minda ini. Mahu bercinta dan bercakap bersama buku-buku pun
seleranya tiada…Allahuakbar…
Astaghfirullah al-Azim, berkali-kali aku menyebut
naman-Nya.
Cuba menenangkan kalbu ini. Aku buka laptopku pagi ini,
aku cuba mencoretkan apa yang aku rasa…entah apa-apa aku ini…lama aku tidak
mencoretkan apa-apa makna warna-warni hidup ini.
Entah apa yang mahu ditulis, agak lama aku tidak memberi
pengisian di dalam blog, menulis puisi apatah lagi…entahlah aku buntu..tak tahu
mahu tulis apa. Aku biarkan tulisan ini tergantung di sini…
Hanya berserah pada yang lebih
memahami…Allahuakbar…AstaghfirullahAl-azim!!!
Comments
Post a Comment