Satu Perjalanan Dalam Dunia Pembacaan Masshah









Dunia buku Masshah, masih lagi berjalan seperti biasa, biarpun penulisan blognya agak perlahan, tiada perkongsian setakat ini. Kini di laman ini, segala aktiviti dan coretan berkaitan dunia bukuku aku nukilkan di sini. Buku tetap menjadi sahabat setiaku.

Insyallah, selagi diberi waktu untuk membaca, aku akan terus membaca tanpa malas dan jemu, jika malas dan jemu, tak jadi apa, fikiran kusut, minda beku kerana tidak mahu baca buku.

Aku tidak mahu jadi begitu, aku mahu jadi aku yang sentiasa membaca, membaca melorongkan aku ke dunia yang lebih membahagiakan dengan buku.

Tanpa buku, dunia ini akan gelap kehilangan cahaya panduan. Membacalah jika anda mahu tahu mengapa perlu membaca. Dan apa nikmatnya dunia pembacaan buku.

Jika ditanya bila masa aku mula membaca, aku akan jawab, sejak mula mengenal huruf dan nombor, belajar di sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, syukur, dengan izin Allah SWT,aku diberikan kebolehan untuk mengenal huruf dan seterusnya membaca buku. Sehinggalah aku jatuh cinta dengan membaca dan dunia buku.

Aku cuba mengingat-ingat kembali sejarah bermulanya aku benar-benar suka membaca buku, membeli buku, mengumpul buku, buku pertama yang dibeli, minat buku apa, dan macam-macam lagi. Aku akan cuba mendokumentasikan sejarah bagaimana bermulanya aku jatuh cinta dengan membaca.

Penulisan yang seterusnya nanti, aku akan kongsikan perjalananku dalam dunia buku, insan kecil yang minat dengan buku dan dunia membaca. Seorang insan yang hanya berkelulusan sekolah menengah, dan bekerja di sektor swasta.

Kini dalam usia empat puluh tahun masih terus membaca, membaca dan membaca. Berimpian mempunyai bilik buku sudah tercapai, biar sederhana tetapi membangkitkan diri untuk terus cinta dalam dunia pembacaan buku.

Semoga, aku diberikan kekuatan untuk menulis detik sejarah dalam dunia pembacaan buku ini, agar rakaman dokumentasi ini akan merangsang khususnya buat anak-anak dan seterusnya masyarakat di luar sana.

Tujuan untuk menyemarakkan agar masyarakat suka dengan dunia pembacaan. Harapan agar rakaman sejarah perjalanan dunia pembacaanku ini dapat aku selesaikan sehingga ke penghujungnya nanti.


Sampai jumpa lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya