Tekad Dan Azam



Mulai saat ini, aku akan coretkan segala kegiatanku di blog ini, ya…blog ini. Aku mahu fokus pada satu wadah tetapi pelbagai coretan akan dikongsi di sini. Aku tidak mahu celaru dan keliru sehingga menyesakkan mindaku.

Sehingga semua ditinggal kosong tanpa ada sebarang coretan dan perkongsian. Blog ini, permulaan untuk tahun 2017 setelah sekian lamanya tidak menukilkan apa-apa coretan di sini.

Telah berjanji pada diriku sendiri, mulai saat ini blog ini akan ku penuhi dengan segala coretan yang telah aku lalui dan yang telah lama bersarang di minda ini, segala kenangan akan aku nukilkan di sini.

Aku sudah nekad, sama ada blog ini dibaca orang ataupun tidak aku akan tetap mencoretkan nukilan di sini…aku tidak perduli lagi…ini tekad dan azamku.

Membaca status-status para penulis yang berjaya membuatkan aku ingin bermula sekali lagi, biar lambat asalkan sampai, aku akan terus gagahi impian ini.

Berjaya ataupun tidak itu kemudian hari hasilnya, yang penting saat ini dan hari ini, aku akan cuba dan terus mencuba mencoretkan apa-apa sahaja yang bermain di mindaku ini.

Dari kegiatan atau aktiviti familiki, pribadiku, dunia bukuku, dunia puisiku, anak-anakku, kerjayaku, bisnes ku dan segala macam warna-warni kehidupan akan ku rakamkan di wadah ini. Kata penulis yang berjaya, menulislah dan terus menulis.

Jadi, hari ini dan saat ini akan ku mulai kerja-kerja menulis!


Sampai ketemu lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya