Sajak: Aku Di Sini
Aku Di Sini
Teman
kini
aku di sini
mengisi
wadah ini
sebagai
teman sendiri
menulis
merakam sejarah diri
buat
pribadi jua untuk dikongsi
moga
ada ibrah dalam kehidupan.
Di sinia
mencoret rasa hati
menukilkan
aktiviti sendiri jua famili
realiti
kehidupan masakini yang dilalui
coretan
diri, putera puteri, isteri
kerjayaku,
bisnesku…segalanya.
Merakam
waktu yang berlalu
buat
mengimbau masa lalu
mengisi
waktu-waktu terluang
semoga
ada faedah dan kebaikannya
di baca
sendiri atau teman yang sudi
hanya
coretan insan biasa-biasa
bukan
siapa-siapa…terserah.
Teman
sudilah
mampiri wadah ini.
Masshah
30012017
Meru.
Comments
Post a Comment