Posts

Ulangtahun Ke-13

Image
Tanggal 21hb 05 2018,Isnin , yang lalu merupakan ulangtahun perkawinan kami yang ke-13. Syukur semoga jodoh dan kasih sayang kami berpanjangan. Alam rumahtangga yang penuh dugaan dan ujian, semoga kami dapat menghadapi dengan tabah dan sabar. Pahit manis kehidupan harus diteruskan, yang penting saling bekomunikasi, berinteraksi, bertolak ansur antara suami dan isteri. Semoga Allah SWT meredai dan merahmati istana keluarga yang kami bina ini. Aamiin Ya Rabb!!!

Ramadan Bulan Keberkatan

Image
Ramadan Bulan Keberkatan Indah bercahaya sinaran Ramadan Diselangi cahaya gemerlapan bulan Hadirnya dirindui orang yang beriman Bulan dikabulkan doa dan keampunan. Siangnya berpuasa menguji keimanan Malamnya berterawih usah ditinggalkan Banyakan sedekah banyakan amalan Hujungnya moga terbina sifat ketaqwaan. Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan Pabila berbuka puasa elakan pembaziran Usah dilupai mereka yang hidup kepapaan Bantulah mereka agar ada sinar harapan. Bersegeralah berbuka usah dilambatkan Kelak melewatkan boleh memudaratkan Akan dikasihi mereka yang menyegerakan Telah disabdakan Junjungan Nabi pilihan. Elakan fitnah memfitnah keji jua cercaan Banyakkan berzikir dan tadarus al-quran Agar setiap amalan akan lipat gandakan Perbetulkan niat ikhlas semata kerana Tuhan. Masshah 2018 Meru.

Adik Banyak Buku

Image
      Semalam,selepas dari membeli buku di kedai MPH, si Huzaifah memberitahu aku. "Abi adik laparlah" "Ok, jap lagi kita makan ayam ya" Sambil membimbing tanganya kami jalan beriringan. Mulutnya asyik mengomel tidak berhenti. "Abi...abi...adik ada banyak bukuuu..." "Yelahh...adik suka buku tak?" "Sukalah" Kami berhenti sekejap, duduk dikerusi. Huzaifah bermain-main disitu. Menolak-nolak kerusi mudah alih yang disediakan Aku ambil beberapa gambat huzaifah sedang bermain-main. "Abi...jomlah adik lapar ni." "Oklah, jom" Aku terus membawanya ke Restoran KFC yang berhampiran tidak jauh dari tempat kami duduk tadi. Ermm...memang lapar betul rupanya. Semoga Muhammad Huzaifah menjadi insan yang baik kepada Abi dan Ummi serta kepada semua. Aamiin Ya Rabb!!!

Gembirakan Hati Muhammad Huzaifah

Image
Amboi bukan main suka dan gembiranya dia, Abi ajak jalan-jalan pergi ke Setia City Mall, Setia Alam. Kami pergi berdua. Ummi tak ikut penat balik mengajar. Abi mahu belikan hadiah untuk Huzaifah. Bukan main suka lagi. Distinasi biasa yang aku pergi, kedai buku MPH. Aku beri kebebasan untuk Huzaifah cari buku yang dia suka. Dia kata nak cari buku bomba. Besar nanti nak jadi bomba.Aku biarkan dia cari dan pilih. Pilih jangan tak pilih...bomba punya fasal... Tak jumpa lagi apa yang diingini...terus mencari. Dah ada ditangan tu, satu tapi tak tahu buku apa. Nampaknya bukan buku bomba... Terus cari dan cari... Ummm...tak ada buku bomba, buku lain pun bolehlah. Yang penting happy dapat buku. Akhirnya dapat 3 buah buku, biarpun bukan buku bomba tetap gembira dengan hadiah yang Abi belikan. "Adik ada banyak buku kan Abi..." "Yelah..."

Ulangtahun Kelahiran Muhammad Huzaifah Yang Ke-4

Image
Tanggal 7hb 05 2018 ,Isnin, tarikh kelahiran Muhammad Huzaifah permata hatiku yang ketiga. Alhamdulillah dengan izin-Nya, setakat hari ini dikurniakan kesihatan yang baik.  Abi dan Umi mendoakan semoga Huzaifah menjadi anak yang baik.   Aamiin Ya Rabb!!!

Buku Kisah Menulis

Image
    Terima kasih Penyair MARSLI N.O , kiriman bukunya sudah sampai kepangkuanku. Sebuah anekdot penulisan 'Kisah Menulis', karya terbaharu beliau. Bagus untuk pemula(seperti aku yang konon nak menulis), ada motivasi, bagaimana menulis cerita(cerpen) dan sesebua puisi dibentuk(puisi). Salah satu anekdot yang terdapat dalam buku tersebut: Menjadi Penulis Yang... "Lebih baik menjadi penulis yang diam dan melihat. Daripada menjadi penulis dianggap hebat tetapi angkuh,laknat dan suka berkhianat kepada sesama sahabat." Ditulis dengan bahasa mudah dan santai, jangan sentap! Ingin memilik buku ini, boleh hubungi beliau di halaman muka buku  Buku Nadir .

SALAM RAMADAN 1439H/2018M

Image
SALAM RAMADAN 1439H Selamat berpuasa... Assalamualaikum, hari ini sudah hari ketujuh kita berpuasa. Baru hari ini aku berkesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa. Apapun syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadan pada kali ini. Sama-sama kita manfaatkan bulan yang baik ini dengan pelbagai amal ibadah. Kita bermohon agar kita sampai kepenghujung ramadan, serta beroleh matlamat ketaqwaan dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabb!!!