Manuskrip yang mahu dibukukan Beberapa hari yang lalu ( 18hb Mei 2015, Isnin ), aku telah bertemu seorang kawan, usianya lebih muda dari aku, dia orang kampong, sekampung dengan aku. Seorang guru di sebuah sekolah di Pekan Meru. Masa kecil-kecil dulu, taklah selalu bermain-main bersama, mungkin disebabkan usia tidak sebaya, tetapi sesekali juga bermain guli bersama-sama di halaman rumah sepupu, itu seingat aku. Bila lama tak berjumpa, bertahun juga lamanya, jika jumpa pun hanya di jalanan, sekadar melambai tangan. Sebelum ini pun dia bertugas dibeberapa tempat,di luar kawasan. Memang agak lama tidak berjumpa, satu masa, ketika melayari media social muka buku, aku terlihat posting yang bernamakan dia. Dia berkongsi laman blog, aku cuba buka dan meninjau-ninjau diblognyaā¦dalam diam dia juga menulis puisi, tentang kehidupan,perjuangan dan kasih sayang, dalam hatiku tak sangka orang kampong ku juga seorang penyair, walaupun dalam diam dan tidak dikenali, namun jiwa kepeny...