Ole-Ole Dari PBAKL 2015
Buku penulisan sastera
jumlah keseluruhan buku yang dibeli sepanjang PBAKL 2015
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
(PBAKL 2015) sudah beberapa minggu berlalu, sesiapa sahaja yang dapat
mengunjungi pesta tersebut pasti punyai kenangan tersendiri, begitu dengan aku,
aku ada menuliskannya di dalam blog kedua. Untuk catatan panjangnya bolehlah
dibaca di sini.
Cuma di sini, aku mahu sekadar
berkongsi buku-buku yang aku beli di sana. Beberapa buah buku penulisan keratif
telah aku dapatkannya di reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia@ITBM. Aku
melihat sambutan terhadap buku-buku terbitan ITBM sangat menggalakkan. Ramai
orang berpusu-pusu ketika itu untuk memiliki buku-buku hasil terbitannya.
Begitu juga dengan aku, reruai ITBM
menjadi distinasi terakhir aku untuk membeli buku-buku penulisan keratif. Hasil
pencarian, akhirnya dapatlah beberapa buah buku lama dan baru untuk aku bawa
balik sebagai ole-ole dari pesta tersebut. Memang rambang mata, pelbagai judul
buku, bentuk dan saiz buku-buku terbitan ITBM, secara pribadi aku memang sangat
suka buku-buku hasil terbitan ITBM.
Sebanyak 13 buah buku, 12 buah hasil
penulisan keratif dan sebuah hasil penulisan umum, terdiri daripada 4 buah buku
puisi termasuk yang memenangi sayembara penulisan ITBM-PENA-BH 2015, sebuah
novel, empat buah kumpulan cerpen, sebuah memoir kembara dan kembara sastera,
sebuah buku umum, Cukuplah untuk santapan minda aku diwaktu terluang nanti.
Jika diikut hati memang banyak lagi mahu disambarnya, tapi maklum sahaja,
lain-lain keperluan pun perlu diutamkan juga.
Semasa mahu pulang menuju ke ruang
keluar, terlihat pula reruai Utusan Publication, jualan buku sastera semurah
tiga RM10 dan sebuah buku hadiah, apa lagi berhenti sebentar, ambil tiga buku
penulisan keratif, ikutkan banyak lagi, apa pun cukuplah sekadar tiga buah
buku...
Penting dari itu, buku-buku
tersebut memberi manfaat kepada aku,
yang sedang bejinak-jinak dalam penulisan, ia juga sumber motivasi dan
inspirasi untuk aku maju ke hadapan dalam dunia tulis menulis ini.
Maju dan bersemarak dunia sastera
tanah air…
Comments
Post a Comment