Catatan Dari Muka Buku: Ziarah Wak Saring Sirad@Ismas Saring
Lampu 'Gasoline' antik menerangi
ruang tamu Cendi Karya Wak Saring Sirad
Masih sempat meraikan tetamu walau sakit
Beliau penerima Anugerah Buku Negara 2014,
Anugerah Khas Penulis Veteren
Ambil berkat bersama
trofi Anugerah Khas Penulis Veteren milik Wak Saring Sirad
1) Tanggal 3.04.2015, Jumaat
malam Sabtu, ziarah Wak Saring Sirad@Ismas Saring,
Wak Saring sedang sakit kaki(baru lepas opresen) menurutnya bangun tidur
kakinya sakit dan rasa bengkak(panjang ceritanya, sedih pun ada, nak tahu,
kawan-kawan yang kenal beliau kenalah ziarah)...dalam hati aku, kawan suka ria
ramai tapi kawan semasa duka boleh dikira...sabar Wak Saring Sirad...(prinsip
Wak, tak nak susahkan kawan-kawan hatta dengan
anaknya sendiri)...
Sedikit Catatan;
“Hidup ini saling perlu
memerlukan, saling bergantung antara satu sama lain,tolong menolong bantu
membantu pada setiap waktu, keadaan apa sekali pun ia amat diperlukan.
Mendengar cerita Wak Saring Sirad, cukup sedih dan terharu sekali, maklum
sebagai orang tua yang tinggal bersendirian, susah senang, perit jerih, sakit
tanggung sendiri.
Dia menceritakan bagaimana
saat kesakitan yang amat ketika kakinya terasa sakit, dia perlukan pertolongan
jiran-jiran di kawasan perumahannya, namun tak seorang pun dapat membantu
menghantarnya ke klinik, waktu itu memang benar-benar sakitnya menggigit-gigit,
jika diikutkan prinsipnya, dia memang bukan jenis mahu menyusahkan orang bahkan
dengan anaknya sendiri, selagi dia berdaya mahu lakukan sendiri dia tetap akan
lakukannya namun untuk hari itu, dia benar-benar perlukan seseorang untuk
menghantarnya ke klinik.
Setelah tidak dapat
pertolongan jiran-jiran, Wak Saring Sirad akhirnya terpaksa menelefon anaknya,
memberitau akan keadaan sebenarnya, waktu itu memang teramat sakitnya, dan saya
tidak dapat bayangkan bagaimana, dia melawan sakitnya sementara menunggu
anaknya sampai di rumahnya.”
2) Biasalah, bila dah jumpa Wak Saring
ni, macam-macam cerita, kisah, dari pengalaman, suka-duka kehidupan, politik,
GST, Agenda Zionis, sastera, penulisan...macam-macam ada..., Wak juga tak lupa
memberikan aku galakan untuk terus menulis, menulis terus menulis. InsyaAllah
Wak aku ikut nasihat Wak…dalam hatiku berbisik.
3) Semangat menulisnya
masih kuat, beliau bercadang menulis 12 buah cerpen(sebuah cerpen sedang
ditukangi), kisah-kisah pengalaman semasa di luar Negara. Semoga beliau terus
diberi kekuatan untuk terus berkarya. Kita doakan agar beliau dapat
menyelesaikan penulisannya itu.
4) Cerita fasal 1MDB, duit
juta2...bila Wak terangkan bagaimana prosesnya berlaku, baru faham...tetapi
risikonya memang besar, Negara jadi taruhan,...aku menyampuk, salah satunya
GSTlah ni...Wak senyum...
5) Terima kasihlah pada Wak
Saring Sirad, tiap kali bertemu, banyak yang dikongsi, walaupun ada yg off
record, aku tetap pegang pada janji, pengalaman dan lain, buat ibrah untuk aku
yang masih belajar ini.
6) Dalam sakit-sakit sempat
juga buatkan air, buah anggur dan kek segera, sambil ngobrol-ngobrol minum dan
makan.
7) Doa dan harapanku,
semoga cepat sembuh kakinya, terus bersemangat dalam program sastera, menulis,
moga cerpennya cepat siap dan menjadi bacaan khalayak.
Oh terima kasih, kerana
izinkan aku bergambar dengan trofi Penerima Anugerah Buku 2014...Anugerah Penulis
Veteren...ambil berkat...kik3
Kepada kawan-kawan penulis,
doakan semoga Wak Saring Sirad, sihat sejahtera.
Amin Ya Rabb...
#Alhamdulillah, sewaktu
ziarah dia minggu lepas, kakinya sudah baik dan wajahnya Nampak ceria,
menunjukkan kesihatannya pun baik.
Comments
Post a Comment