Menulis Di Muka Buku
Satu medium yang cukup digemari oleh seluruh masyarakat
dunia sekarang, bukan sahaja di tanah air ini. Ia cukup menguasai dan
mempengaruhi kehidupan kita sekarang, di mana-mana negara mana pun ia tetap
popular, ia menjadi medium mendapatkan sumber berita, apa sahaja yang berlaku
di persekitaran kita, ia cepat, tangkas dapat dibaca dan diketahui orang ramai.
Namun begitu, ia perlu dihalusi tentang kesahiahan berita-berita dari medium
ini. Dari perkara umum hinggalah perkara pribadi penggunanya, boleh kita
saksikan melaluinya, itulah penangan facebook@muka buku.
Hebat bukan?. Begitulah aku juga turut terjebak kekancah
dunia muka buku, bukan akau sahaja, bahkan dari kalangan cerdik pandai, ilmuan,
para ustaz ustazah, Pak Menteri, YB, Tok Bomoh, dan segenap lapisan masyarakat
hari ini turut mempunyai laman sosial muka buku ini. Malah, jika ada kalangan
yang tidak mempunyai muka buku ini, akan dianggap ketinggalan. Muka buku, ada
baik dan ada buruknya. Aku bukan mahu tulis tentang baik mahu pun buruknya, itu
semua orang sudah tahu, para pakar pun sudah memberi panduan untuk kita
menggunkan laman ini sebaik-baiknya. Terpulang kepada masing-masing, bagaimana
cara terbaik menggunakannya.
Aku yakin, para ilmuan, cerdik pandai, ustaz ustazah,
para guru, para menteri, tujuan mereka mewujudkan laman muka buku ini dengan
niat tersendiri, tentunya jika para menteri atau yb, agar para pengikut mereka
akan setia mendapat info-info terkini tentang dairi program mereka. Para guru,
ustaz ustazah pun begitu, penulisan mereka niatkan sebagai satu dakwah, demi
memberi tarbiyah kepada masyarakat yang mengikutinya. Niat yang baik dan murni
itu harus diteruskan, manfaatkan muka buku dengan perkongsian yang berilmu,
agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang dahagakan ilmu.
Seingat aku, aku mula menulis di laman ini sekitar 2009,
sekitar krisis politik di Negeri Perak, rampasan kuasa yang tidak bertamadun
dari pihak pemerintah, itulah seingat aku begitu, aku ada tulis sedikit catatan
tentang ‘Bubar’. Waktu itu belum ramai lagi rakan-rakan muka buku yang ‘like’
dan ‘add’, biasalah baru lagi. Dari sehari ke sehari rakan-rakan pun turut
bertambah. Bermulalah muka buku menjadi bahan perkongsian apa sahaja kegiatan
kita, dari bangun tidur hinggalah masuk tidur balik, semua mahu dikongsikan,
namun tidaklah aku sampai sebegitu, masing-masing punya prinsip.
Berpada-padalah jika mahu berkongsi pun.
Adakalanya aku pautkan laman blog yang aku miliki ke
dalam muka buku, salah satu agar menarik minat khalayak masuk laman blog kita.
Itu pun jika ada cerita-cerita baru yang telah ditulis. Muka buku banyak
manfaatnya rupanya, jika diolah dengan sebaiknya. Apa sahaja tulisan yang kita
kongsikan, biarpun seringkas mana, jika dibaca oleh rakan-rakan muka buku yang
lain, ia akan menambah semangat untuk kita menulis.
Saya teruja
dengan, penulisan para ilmuan dan cerdik pandai
di muka buku, penulisan yang sangat baik dan amat bermanfaat sekali,
titipan kata mutiara yang mereka nukilkan amat memberi makna kepada yang
membacanya. Ilmu-ilmu yang dicurahkan melalui muka buku boleh dikongsi oleh
beribu-ribu rakan yang lain. Sudah pasti pahalanya akan berganda-ganda
sekiranya penulisan yang baik itu akan dibaca oleh beribu orang, lalu mereka
mengamalkan saranan-saranan yang baik melalui tulisannya. Hebat bukan muka
buku?.
Lalu terdektik di hatiku ketika itu, apa alasannya dengan
aku, untuk tidak turut sama menukilkan perkongsian yang baik-baik di muka
bukuku?. Untuk tidak menulis perkara
yang baik-baik?. Tidak pandai menulis kah aku?, lihat pada mereka yang kata
tidak pandai menulis, tapi bila lihat status dindingnya berjela-jela, bagus,
cantik, pandai menulis, tapi kata tidak pandai menulis?, pelikkan?. Sebenarnya
itu semua bergantung kepada niat yang mempunyai muka buku tersebut, jika
niatnya muka buku tersebut dijadikan medan penulisannya, tentulah itulah
tulisan mereka untuk tujuan tarbiyah dan dakwah, jika tidak, sebaliknyalah
pula.
Pada aku, aku hanya memautkan penulisan di blogku ke muka
buku, untuk menulis panjang berjela setakat ini tiada, aku lebih tumpu
penulisan di blog, muka buku sekadar menulis yang perlu dikongsi, karya puisiku
ada juga aku kongsikan di muka buku, mana yang baik, ada nilai tarbiyah aku
siarkan, protes jika ada kebenarannya aku juga siarkan, suka atau tidak suka,
itu hak rakan untuk membacanya mahu pun tidak. Apa yang penting nawaitu, kita
terbitkan, moga diredhai Allah SWT. Sekurang-kurangnya, ada manfaat, ada
ilmunya yang boleh diambil dimanfaatkan oleh pembaca.
Kuasa muka buku memang hebat buat penulis, rakan-rakan
penulis di muka buku turut menurunkan ilmu-ilmu penulisan yang sangat berguna,
mereka adalah otai-otai yang sudah hebat dalam dunia penulisan mereka, namun
mereka tidak kedekut untuk menyampaikan ilmu penulisan yang mereka miliki.
Kata-kata motivasi mereka sangat merangsang aku, untuk turut menceburi dunia
penulisan, walau pun setakat hari ini, aku hanya menulis di blog dan di Portal
eSastera.com. Aku akan cuba melebarkan sayap kedunia penulisan buku. Itu
harapan dan cita-citaku waktu ini.
Biarlah, ilmu-ilmu penulisan yang aku dapati dari muka
buku ini, dapat aku jadikan panduan, bagi menampal lompong-lompong yang masih
terbuka di sana-sini dari minda pengetahuanku. Sungguh, penulisan di muka buku
ini, amat memberi semangat dan keazaman
yang kuat untuk aku merealisasikan misi, cita-cita dan impianku.
bersambung...
Comments
Post a Comment