Jumpa Kawan Lama
Manuskrip yang mahu dibukukan |
Beberapa hari yang lalu (18hb Mei
2015, Isnin), aku telah bertemu seorang kawan, usianya lebih muda dari aku, dia
orang kampong, sekampung dengan aku. Seorang guru di sebuah sekolah di Pekan
Meru. Masa kecil-kecil dulu, taklah selalu bermain-main bersama, mungkin
disebabkan usia tidak sebaya, tetapi sesekali juga bermain guli bersama-sama di
halaman rumah sepupu, itu seingat aku.
Bila lama tak berjumpa, bertahun juga
lamanya, jika jumpa pun hanya di jalanan, sekadar melambai tangan. Sebelum ini
pun dia bertugas dibeberapa tempat,di luar kawasan. Memang agak lama tidak
berjumpa, satu masa, ketika melayari media social muka buku, aku terlihat
posting yang bernamakan dia.
Dia berkongsi laman blog, aku cuba
buka dan meninjau-ninjau diblognya…dalam diam dia juga menulis puisi, tentang
kehidupan,perjuangan dan kasih sayang, dalam hatiku tak sangka orang kampong ku
juga seorang penyair, walaupun dalam diam dan tidak dikenali, namun jiwa
kepenyairannya amat terserlah. Satu masa, aku cuba menegurnya lewat melalui
mesej muka bukunya. Dia memberi respon, mulai saat itu kami pun bermesej,
berwhatsupp, jika ada waktu kelapangan.
Satu ketika, dia bertanyakan tentang
menerbitkan buku, dia cuba tanya aku tentang bagaimana mahu terbitkan buku, aku
hanya memberitahu sekadar yang mampu, setakat yang aku tahu. Aku berjanji akan
cuba bertanyakan kawan yang memang sudah biasa menerbitkan bukunya sendiri,
kawan itu pun seorang penulis yang sudah ada nama. Selepas itu, agak lama juga
kami tidak sangat bermesej. Bukan apa-apa, cuma mungkin masing-masing masih ada
komitmen lain, dia pun begitu agaknya.
Tetapi beberapa minggu yang lalu, dia
cuba tanyakan berkaitan tentang penerbitan buku lagi. Aku, menyuruhnya add nama
Nik Iznan, iaitu kawan penulis yang sudah biasa menerbitkan buku itu. Dalam
masa yang sama, dia ingin bertemu aku di mana-mana jika ada kelapangan waktu.
Aku cuba mencari hari sesuai, maklum jadua kerjaku yang sekejap pagi, sekejap
malam, sekejap petang, kerja sif lah tu. Seperti yang dijanjikan, kami pun
bertemu disebelah petang sekitar jam enam petang, di sebuah warung berhadapan Dewan
Orang Ramai Pekan Meru.
Sekian lama tak ketemu, petang itu
jumpa juga, kami tak banyak cakap, hanya bercerita tentang penerbitan buku dan
penulisan. Dia membawa sekali manuskrip yang telah ditulisnya. Puisi-puisi yang
ditulisnya merupakan puisi yang terpilih, menurutnya sudah lama dia mahu
terbitkan, disebabkan pengetahuan tentang terbit sendiri tidak dimiliki.
Aku membelek satu persatu muka surat
manuskrip tersebut, bagus juga puisi-puisinya. Tema kasih sayang, cinta dan
perjuangan banyak menghiasi puisi-puisi yang dihasilkannya. Aku memberitahu
pada dia, manuskrip ini boleh diterbitkan. Aku cadangkan untuk hantar ke ITBM,
rupa-rupanya dia telah cuba hantar ke Karangkraf, namun pihak Karangkraf tidak
menerbitkan karya sebegitu.
Pernah dibawa ke Dewan Bahasa Pustaka,
selama enam bulan untuk dinilai, bagai menunggu bulan jatuh di riba, namun
manuskrip gagal untuk diterima oleh pihak DBP. Bila dia bertanyakan tentang
perkara itu, pihak DBP memberitahu, agak sukar jika dipasarkan kerana ‘nama’,
iaitu tidak ada nama. Akhirnya dia pasrah dan redha. Kali ini dia benar-benar
mahu menerbitkannya sendiri.
Seperti yang aku tuliskan di atas, aku
mencadangkan pada dia agar, meminta pada saudara Nik Iznan maklumat bagaimana cara
untuk menerbitkannya sendiri. Dia pun kelihatan faham apa yang aku cadangkan. Tiba-tiba
dia menghulurkan sebuah CD, menurutnya terdapat dua buah lagunya yang telah
dilagukan, wah…hebat, bagus…satu lagu rancak dan satu lagu ‘slow’. Bagi aku,
itu sudah cukup baik dan bagus, usaha yang sangat perlu dipuji. Sebagai permulaan
impian tercapai satu masa nanti.
Jam di dinding warung sudah
menghampiri pukul tujuh malam, aku memberitahu dia, InsyaAllah, usaha dia akan berjaya
untuk menerbitkan manuskrip tersebut sebagai sebuah buku, kami pun berjabat
tangan, dan memberitahu kepadanya, ada masa kelapangan nanti boleh bertemu
lagi. Sementara itu mesej pada aku jika ada perkembangan menarik fasal buku
yang ingin diterbitkan itu.
Kami pun berjalan beriringan menuju ke
tempat meletak kenderaan, untuk pulang ke rumah masing-masing.
Comments
Post a Comment