Monolog: Bila mahu mula menulis?
Macam-macam
buku penulisan sudah kau baca, sudah kau hadami tetapi bila masa kau mahu
memulakan proses penulisan mu itu. Apa yang menghalangi mu dari terus mahu
menulis?. Bukankah segala panduan yang ada itu kau telah catat dalam buku dairi
mu jua di kepala otak kau, kau telah simpan. Mengapa kau tidak mulakan dari
sekarang?. Jangan-jangan kau cuma mahu berangan-angan mahu menjadi penulis
tetapi sampai sekarang, tidak satu buku pun kau tulis…MENGAPA?.
“Penulis kerjanya
menulis, bukan angan-angan menulis”
Jika
asyik angan-angan, sampai bila pun kau tak akan dapat menulis, menulislah…catat
idea yang kau dapat dalam buku catatan. Bukankah mencatat itu sebahagian
daripada tip penulisan sebagaimana yang kau baca dalam buku penulisan yang kau
baca berulangkali, mengapa tidak dicatat, catatlah setiap kali lintasan idea
yang datang di kepala otak kau.
Mahu tunggu apa lagi?. Usia kau semakin
meningkat, kudrat kau pun sudah mahu berkurangan, mulakanlah dari sekarang,
usah dilayan perasaan malas yang sering membelenggumu itu, lawan terus lawan.
Percayalah,
kalau kau terus begitu, menangguhkan apa yang kau inginkan, kau tak akan
menikmatinya nanti, kau harus pacu dengan laju, usahakan terus. Menulis kena
berterusan, biar sehari sedikit tetapi ianya berterusan;
“sedikit-sedkikit
lama-lama menjadi bukit…”
Kau
pun tahu, di belakang dan dihadapanmu sekarang ramai orang berlumba-lumba untuk
menulis sesuatau untuk dikongsi oleh khalayak, mereka bertungkus lumus
sepanjang hari untuk menyiapkan hasil penulisan mereka. Mereka sanggup tidur
lewat berhari-hari untuk menyiapkannya. KAU…?. Sehari pun kau tak larat dan
sanggup, bagaimana kau mahu merealisasikan impian kau?. Bangkit dan
bersegeralah menulis, usaha berlengah-lengah lagi.
Masa
kau bina blog beberapa tahun lalu, bukan main kau bersemangat setiap hari kau
kongsikan aktivitimu, hinggakan kalau boleh setiap saat kau mahu kongsikan buat
sahabat blogger mu…mengapa kau tidak ambil semangat ketika itu, untuk kau
menulis lagi. Malah kau bina satu blog hingga beberapa blog kau bina…ghairah
betul kau, semangat mahu menulis waktu itu sungguh berkobar-kobar sekali.
Sepatutnya kau terus menulis, kau punyai kebolehan, bila kau biasakan dengan
menulis hari-hari, lama kelamaan kau akan lebih mahir bermain bahasa, bina ayat
dan lain-lainnya.
Blog
permulaan yang baik untuk kau mengasah penulisan kau, orang ramai pun turut
membina blog untuk berkongsi apa-apa sahaja dalam kehidupan mereka. Tengok
penulis-penulis yang telah berjaya dalam dunia penulisan, mereka bermula dari
menulis di blog masing-masing, sehingga berjaya hasil penulisan mereka
dibukukan.
Lihat Ustaz Hasrizal Jamil, Ustaz Zaharuddin, Muhd Luthfi, Prof.Mud
Kamil dan yang lain-lainnya. Mereka patut kau jadikan contoh, kau sering buka
blog mereka tetapi kau tidak cuba mencontohi mereka. Banyak lagi insan-insan
lain yang berjaya menjadi penulis, kau seharusnya mengambil inspirasi dan
motivasi dari mereka.
Sebenarnya
banyak lagi yang kau boleh ambil ibrah dari mereka, siapa pun kau, kau ada
kelebihan tersendiri. Mereka pun macam kau juga, makan juga, minum juga,
bekerja juga dan sebagainya. Cuma mereka ada kelebihan sendiri, dikenali
khalayak, sering diundang ke sana- kemari dalam pelbagai bentuk forum ilmu.
Iyalah…kau cuma berkerja di kilang, itu yang kau malukan.
Apa yang kau perlu
malukan, kau pun punyai cerita sendiri, kelebihan sendiri, kau mampu untuk
melakukannya. Usah kau fikir negatif, usah kau berfikiran pasif, kau kena
yakinkan diri mu. Mahu menjadi seorang penulis kena yakin dan berani.
Kau
masih ingat tak kata-kata dari seorang tokoh Negara kita dalam buku tulisan
Zamri Mohammad di bahagian akhir buku tersebut, beliau memetik kata-kata tokoh
tersebut;
“Saya merayu semua
peringkat insan Melayu dalam semua bidang hatta tak ada bidang pun tetapi ada
kisah terkecualai dan menarik untuk dibaca agar segera diambil pena, kertas dan
tulis, tulis dan terus menulis. Baca dan terus membaca dan terus menimba ilmu
hingga nyawa berpisah dengan badan. Kalau tak bias menulis, cakaplah melalui
pita rakaman.”
Takkan
kau sudah lupa, mana mungkin seorang pembaca mudah lupa pada apa yang telah
dibacanya. Kau seharusnya ambil seruan tersebut untuk kau realisasikan, apa
yang kau impikan. Lihat dan baca apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Abdullah
Ahmad itu lagi.
“….insan Melayu dalam
semua bidang hatta tak ada bidang pun…”
Kau
tentu fahamkan, apa yang beliau perkatakan itu?. Kau sekurang-kurangnya ada
juga bidang yang kau ceburi, sebagai pekerja sektor perkilangan kau pasti ada
cerita dan kisah yang boleh dikongsikan. Ceritalah, kongsikan kepada mereka yang
tidak berada dalam sektor yang kau sedang tempohi itu. Mungkin kau ada cerita
dan kisah sewaktu kau bertugas di sektor tersebut.
Pengalaman lucu, gembira,
suka duka, kejayaan dan banyak lagi yang boleh kau kongsikan. Orang di luar
sana mahu tahu cerita-cerita tersebut. Kau boleh menuliskan pengalaman kau.
Pengalaman bertukar-tukar tempat kerja, mengapa dan sebab bertukar tempat
kerja, semua kau boleh tuliskan. Mengapa tidak?.
Seruan
dan galakkan menulis seperti yang diungkapakan dalam kata-kata Tan Sri Abdullah
Ahmad itu sangat sewajarnya disahut oleh semua insan Melayu, mereka semua
berperanan dalam membangunkan Negara tercinta ini, sebab itu, tidak kira sesiapa
pun kita punyai peranan masing-masing hatta pencuci tandas pun punya
ceritannya, andaikan mereka rajin untuk mencatat rutin harian mereka, cerita
suka duka mereka dalam menghadapi karenah pengguna tandas.
Nah, cuba bayangkan
jika mereka bukukan kisah mereka, apakah tidak seluruh warga akan dapat
membacanya. Siapa lagi yang tidak terkecuali dan banyak cerita-cerita yang
boleh dikongsikan, anggota polis, askar, pencuci bangunan, dan banyak lagi
boleh dikongsikan kepada khalayak.
Dan
kau, bolehlah kau mulakan dari sekarang, usah beralasan lagi, pacu terus maju
ke hadapan. Jika orang lain boleh mengapa dirimu kau biarkan begitu. Bangkit
dan bangkit, maju dan maju…menulis terus menulis, usah kesahkan apa mereka
kata. Mulai hari ini kau catat apa sahaja yang kau dapat dari lintasan fikiran mu,
dari pandangan mata mu. Biar dari sekecil idea hinggalah sebesar idea. Nanti
kau boleh olah dan kongsikan untuk mereka yang ingin membaca kisah mu.
Idea ada
di mana-mana, dalam dirimu juga ada idea, di persekitaran mu juga ada idea…di
mana-mana ya di mana-mana, idea tetap menanti dan menunggu mu usah kau ragu.
Ingat!...usah
buang masa mu yang terluang banyaknya dengan sia-sia, justeru itu manfaatkan
untuk membaca, membaca,membaca, menulis, menulis dan terus menulis.
Yakin pada
dirimu, usaha yang berterusan pasti akan menghasilkan sesuatu yang
membahagiakan dirimu. Akhir dari desakan ini, bacalah firman Allah SWT
tersebut;
“Demi masa. Sesungguhnya
manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Surah
Al-Asr (1-3).
Maka
dengan itu menulislah
Aku
ini juga dirimu, desakan ini juga datang dari naluri mu, aku cabar diri kau
sendiri, takkan itu pun kau tak kenal dengan diri mu sendiri…ayuh,
bersegeralah, capailah pena mu catat dan tulis apa yang kau fikirkan…nanti ada
masa aku akan desak kau lagi, cukuplah untuk hari ini. Ingat…ayat quran di atas
tadi. Jangan menjadi orang yang rugi.
Sampai
jumpa lagi dengan diri mu itu…aku itu diri mu, kau itu aku, aku itu kau..,
Segerlah
menulis!
bersambung...
Comments
Post a Comment