Basikal Chooper Warna Merah
Basikal Chooper Warna Merah
Bila
duduk seorang mulalah terkenang-kenang masa dulu. Masa yang tak akan berputar
kembali, ia hanya menjadi nostalgia.
Waktu
kecil, kanak-kanak, dewasa kini...ya makin ke penghujung. Kata orang tinggal
tunggu masa saja. Bila-bila masa boleh dijemput.
Semua
orang ada masanya dan bahagian masing-masing.
Bila
kenang dulu-dulu semuanya indah, seronok...ahh...alangkah seronoknya jika masa
boleh diputar balik...ha...ha...ha...tak mungkin.
Apa
pun syukurlah masih diizinkan untuk mengingati nostalgia lama-lama.
Masih
terkenang, sewaktu aku darjah satu. Sebelum bapa membelikan aku sebuah basikal.
Tiap pagi bila aku ke sekolah ditumpangkan oleh jiran sebelah rumahku. Kak
Hazimah atau aku panggil Kak Jimah.
Pergi
balik aku tumpang Kak Jimah.Aku hanya sekolah pagi sahaja, sekolah kebangsaan.
Waktu
itu aku belum bersekolah agama lagi. Setiap pagi aku tunggu di depan jalan rumahku.
Hadiah Basikal
Sehinggalah
satu hari bapa membelikan aku sebuah basikal chooper warna merah.
Alangkah
gembiranya waktu itu. Memang sebelum itu bapa ada beritahu aku, kalau periksa
dapat nombor satu, bapa akan hadiahkan aku sebuah basikal.
Tapi
waktu itu belum periksa lagi pun. Mungkin bapa mahu aku berbasikal tanpa
menumpang lagi Kak Jimah.
Oh
ya...setiap bulan bapa akan beri upah kepada Kak Jimah kerana menumpangkan aku.
Pergi dan balik sekolah Kak Jimah yang bawa aku.
Bapa
mahu aku berusaha sendiri mungkin begitulah. Betapa gembira dan seronoknya
waktu itu.
Basikal
chooper warna merah menjadi miliku, aku bagai bermimpi. Tidurku tak lena asyik
pandang basikal. Seronok dan gembira sangat tidak terkata.
Kini,
sesekal bila aku ingatkan kembali rasa terharunya mengenang pengorbanan bapa. Bapa
ingin melihat aku berusaha sendiri berbasikal ke sekolah.
Berapa
harga nilai basikal itu bukan masalah walaupun bersusah payah mencari kewangan
waktu itu.
Bapa
waktu itu bekerja sebagai buruh binaan. Aku yakin bapa mengumpul duit untuk
membelikan aku sebuah basikal chooper.
Ahh...besarnya
pengorbananmu bapa.
Aku
doakan bapa terus sihat dan dilindungi Allah SWT selalu.
Aamiin
Ya Rabb!!!
Comments
Post a Comment