Belian Bulan September



Alhamdulillah setiap bulan aku peruntukan  hasil keringatku dengan melaburkan untuk harta yang bermanfaat, mudah-mudahan apa yang aku lakukan ini beroleh ganjaran disisinya.Rasanya tidak rugi aku melakukan pelaburan ini. 

Aku fikir pada masa hadapan buku-buku yang aku tinggalkan nanti boleh dibaca dan dimanfaatkan untuk anak-anakku. Mereka boleh baca dan jadikan bahan rujukannya nanti.
Jadi salah satu untuk menyemarakkan suka membaca adalah dengan membeli buku. Jangan kedekut. Tidak semestinya banyak terus, ikutlah kemampuan kita.

Mencontohi orang bijaksana dalam mengendali kehidupan terutamanya dalam memburu ilmu. Mereka tidak kedekut untuk memperuntukan sebahagian pendapatannya untuk membeli buku. Bagi mereka buku merupakan harta paling bernilai...

InsyAllah, walau aku bukan siapa-siapa aku mencontohi tabiat mulia mereka. Semoga Allah meredhai ku.

Aamiin Ya Rabb!!!

*Gambar, belian buku ku untuk bulan september setakat hari ini.



Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi