Saat Idea Datang
Aku pun tak tahu mahu tulis apa. Bila pandang skrin
laptop ni, asyik tak menjadi sahaja,berkali-kali aku mahu mencuba menulis
sesuatu tetapi asyik gagal. Aku cuba lagi, lagi dan lagi, merepek pun merepek
lah, yang penting aku mahu cuba menulis sesuatu.
Nasib
Rohingya
Baru aku teringat tentang satu perkara yang berlaku
kepada saudara seIslam ku yang berada di Rohignya, mereka menjadi mangsa
pembantaian puak militant hindu. Tanpa rasa belas kasihan mereka terus menerus
melakukan pembantaian.
Rumah-rumah mereka dibakar, bahkan perkampungan mereka
seluruhnya dibakar dengan kejam dan zalimnya. Pembunuhan secara beramai-ramai
tanpa belas kasihan.
Anak-anak kecil, suami isteri dan seluruhnya kehilangan
sesuatu yang dimiliki oleh semua orang. Mereka hilang kedamaian, kesengsaraan,
kecelakaan dan penderitaan menyelubungi kehidupan mereka.
Masyarakat dunia masih ada yang lena meskipun penderitaan
mereka sudah diketahui. Malang sungguh malang nasib Umat Islam ini. Aku sebagai
saudara seislam hanya mampu menghadiahkan doa setiap kali selesai solatku.
Ya…inilah sumbangan kecilku sebagai insan yang kerdil ini.
Ya Allah selamatkan Umat Islam di Rohhingya, Engkau
selamatkan mereka!
Aamiin Ya Rabb!!
Lalu apa lagi yang mahu aku tuliskan, idea masih tidak
ada, oh ya…
Kisah
Melompat
Ini bukan kisah sembarangan, kisah ini telah gempak
sebelum terjadi. Seluruh benua kecil ini tersentak tentang pengumuman yang
bakal mengegarkan benua kecil ini. Semua media sudah dimaklumkan. Bahawa ada
satu peristiwa besar akan berlaku.
Akan terjadi perubahan besar yang mungkin akan mengubah
lanskap politik tanah air dan kemungkinan akan ada berita yang beasar. Itu pada
mulanya, mereka berkira-kira memanda menteri akan isytiharkan PRU.
Debaran makin terasa bila saat masanya tiba. Kamera sudah
tertumpu kepada mereka yang dihadapan pentas.Masing-masing berdebar tak
terkira. Entah apa yang akan berlaku…tiba-tiba muncul seseorang, yang mereka
semua kenali.
Apakah?.mereka saling bertanya sesama sendiri,ada yang
macam boleh mengagak, dan mereka saling berpandangan. Cahaya kamera terus
menerus merakam aksi petang itu.
Akhirnya, Memanda Perdana Menteri memberitahu dengan
penuh gaya keyakinan, pengistiharan kemasukan semula Mike Tyson kepasukan
lamanya. Semua di situ rasa tertipu dan ada yang tergelak-gelak tanpa
menghiraukan siapa yang berada di hadapan mereka.
Ketawa itu makin kuat di seluruh benua keci itu, saling
sahut menyahut dan sambut menyambut. Keesokan harinya, semua berita tertumpu
pada kisah lawak semalam, namun sayang banyak yang tidak laku…semua orang pakat
gelak tidak henti-henti pada hari itu…termasuklah aku sendiri.
Ha…ha…ha…ha…kah…kah…kah…sampai ada yang termuntah…
Dalam hati aku…dia lompat balik dahhh…musim lompat
melompat sudah bermula ke, itu cadangan status yang mahu aku muatkan dalam muka
buku ku tetapi aku tidak jadi menulisnya di situ. Berita ini sudah hampir dua
minggu tapi masih ramai yang memperkatakannya hingga hari ini.
Biarlahhh…
Aku terus menerewang di skrin laptopku, apa lagi yang aku
mahu bebelkan dalam tulisanku ini. Entah orang baca entah tidak aku tidak
peduli. Yang penting aku mahu terus menulis…tulis sahaja, sama ada orang suka
atau tidak…
Selangor
Makin Kaya
Terpandang pula akhbar Selangor Kini, dengan tajuknya SELANGOR NEGERI EMAS.Hebat Negeri
Selangor waktu ini. Makin kaya dengan bermacam-macam rancangan kebajikan untuk
rakyatnya.
Secara peribadi selepaas tahun 2008, banyak perubahan
yang dilakukan oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, waktu itu dan kini.
Program-program kebajikan untuk rakyat Selangor sedang dan sudah dijalankan
dengan jayanya.
Tidak perlulah aku senaraikan satu persatu apa
program-program tersebut. Sebagai rakyat Selangor kenalah prihatin dan cakna
hal ehwal negeri kelahiran sendiri.
Takkanlah tak nak ambil tahu, setiap minggu terbit akhbar
SELANGOR KINI, ambil dan bacalah perkembangan terkini.
Barulah menjadi rakyat yang berilmu dan bermaklumat,
jangan nanti ketinggalan.
Tak begitu?
“Selangor
menyumbangkan 22.7 peratus mendahului
negeri lain berdasarkan laporan KDNK dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kejayaan ini menjadi mesej jelas kepada Putrajaya bahawa Selangor sebagai
Golden State (Negeri Emas) Negara.”
Dato’
Seri Mohammed Azmin Ali, Dato Menteri Besar Selangor
Sebab itu ada yang cemburu dengan Selangor ini. Mereka
tidak sabar mahu rampas balik negeri yang kaya raya ini. Mereka merasakan
mereka masih mampuu dan masih ada harapan untuk menerajui semula negeri ini.
Mereka tidak boleh lena, mimpi tiap-tiap hari, duit
berbilion-billion, mereka sudah ‘kemelecer’ sangat. Mereka sedang dan sudah
menyusun agenda mereka. Mana boleh tahan!
Tapi rakyat sudah celik, sudah tidak buta lagi, rakyat
sudah pandai menilai mana yang putih mana yang hitam, mana berlian mana yang
kaca. Mana yang benar mana yang menipu.
Rakyat sudah pandai dah!
Rakyat Selangor sudah bertamadun, sudah celik politik,
sudah pandai menilai mana pemimpin jujur dan mana pemimpin yang kaki songlap.
Bukan macam sebelum tahun 2008.
Mereka sudah banyak membaca…hentikanlah jika ada yang
masih bermimpi mereka boleh merampas balik negeri ini.
Aku ingat lagi
pesan dan ingatan seorang bekas pengerusi 16 tahun , di satu Bahagian di
Selangor. Mereka tidak akan dapat tawan Selangor, selagi sikap dan akhlak
mereka tidak berubah, aku ingat kata-katanya, Alfatihah buat dia yang aku
sayangi!
Jangan mimpi ya!
Eh! Panjang juga aku tulis ni ya, kata tadi macam tiada
idea menulis, tahu-tahu sudah berjela pula. Macam tidak mahu berhenti menulis
pula. Tulah sudah kata, menulis ni kena sungguh-sungguh baru idea boleh datang,
ilham mencurah.
Macam nilah agaknya seorang penulis bila idea mula
mencurah. Makin lama, makin asyik tidak mahu berhenti. Mahu tulis apa lagi?
Rasa sudah berjela ni, nanti tidak ada yang baca pula.
Mungkin yang ini, terakhir untuk tulisan ni, apa
ya…ermm…Oh ya fasal cerita minuman keras ni…
Pesta
Arak Berpindah Di Selangor?
Beberapa hari ini sudah viral tentang Pesta Arak ‘The Better
Beer Festival 2017', yang mahu diadakan di Selangor, setelah bantahan yang
dilakukan kepada DBKL minggu lalu berjaya.
Kedengaran pula, Selangor akan
mengizinkan Pesta Arak ini, betul ke?
Minggu lepas aku perturunkan status muka buku aku yang
berbunyi;
Saya
ZAMAN SHAH SAIYAN membantah Better Beer Festival 2017 sekeras-kerasnya.
Nyatakan bantahan anda!
Alhamdulillah ramai yang ‘like’ dan memberi komen agar
pesta ini diharamkan dan dibatalkan, rata-rata mereka tidak bersetuju tentang
perkara ini.
Gila ke? Mahu buat pesta-pestaan bersama arak. Betulah
hanya orang bukan Islam yang berpesta.
Boleh percaya ke, ia tidak dihadiri orang Islam. Aku
kurang yakin dengan pesta-pesta haram jadah sebegini. Bukanlah bermakna aku
tidak hormati hak orang lain, mahu minum minumlah, buat apa mahu buat
pesta-pesta?
Boleh ke buat pesta arak sampai tidak mabuk, wah!
Hebatlah macam tu, mesti bertong-tong arak disediakan, mahu-mahu boleh mandi
arak! Boleh jadi…fikir-fikirkanlah kesan yang buruk bakal berlaku.
Bila mabuk, mesti bergaduh, maksiat sudah pasti, lelaki
perempuan bercampur, memanglah ramai bukan Islam. Tetapi aku percaya, agama
lain juga melarang kerasa pesta-pesta yang mengarut yang boleh menganggui
keharmonian orang lain.
Mereka tahu itu semua, Cuma segelintir manuasia yang
konon-konon bertamadun bagai sehingga mahu membuat pesta haram jadah ini. AKU
BANTAH!!!
Pihak keselamatan juga sudah memberi amaran, demi
keselamatan, tahniah buat mereka yang bertegas dalam perkara ini.
Alih-alih dengar nak dipindahkan di Negeri Selangor,
pihak akhbar terus mencanang, entah betul atau tidak, viral sana-sini
menyatakan Selangor izinkan pesta arak ini.
Menteri Besar pun sudah setuju, amboiii…bila sebut
Selangor saja, semua melompat, ambil kesempatan kecam, tidak lihat kiri dan
kanan terus tulis, viral kecam.
Fitnah tu! Bila aku baca kenyataan sebenarnya tidaklah
begitu maksud menteri besar.
Alhamdulillah pihaknya sudah memanggil peguam untuk
membuat tindakan undang-undang kepada akhbar Utusan yang membuat berita dengan
maksud lain. Jika benar, baguslah, rasa lega, aku yakin hasrat mereka akan
gagal.
Ya, pasti gagal!
Itu harapanku dan mungkin harapan rakyat Selangor yang
sayangkan negerinya dari ternoda dengan pesta durjana yang boleh mengundang
bala, bila-bila masa jika ia di
laksanakan juga.
Mohon dijauhi perkara tersebut.
Aku akhiri dengan Maksud Firman Allah tersebut;
Hai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perkara buruk termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
kejayaan.
Surah AL-Maidah:90
Huh! Kan…panjang jadinya, okalah, terima kasih yang sudi
membacanya. Sedikit perkongsian dan pandangan ini agar ada manfaatnya , mana
tahu boleh difikir-fikirkan untuk kebaikan bersama.
Selamat membaca!
Comments
Post a Comment