Puisi Panjang Dari Pak Agi
Pak
Agi masih terus menerus berkongsi dengan apa yang beliau kongsikan di Muka
Bukunya kepada ku. Beliau menghantar mesej ini sekitar jam 4.36 petang.
Aku
membukanya agak lewat ketika itu. Seingat aku hari itu aku kerja shif sebelah
pagi. Bila Pak Agi menghantar mesej padaku, aku rasa gembira, kerana masih
tidak pernah lupa padaku.
Sebagai
peminatnya aku sangat menghargainya. Siapa yang tidak gembira bila seorang
penyair mengirimkan pelbagai kisah dan cerita dikongsi bersama peminatanya.
Syukur!
Terima
kasih Pak Agi, setiap mesej yang kau hantar pasti ada kebaikan yang aku perlu
fikirkan.
Untuk
hari ini (10/9/2017), Pak Agi mengirimkan kepadaku sebuah puisi panjang
berkaitan kecintaannya kepada Tanah Air Malaysia sebagai kampong halaman yang
sangat di cintainnya.
Penyair
seorang yang sangat sayangkan negaranya dan bersifat petriotik. Nah! Sama-sama
nikmati dan hayati puisi panjang beliau ini.
PUISI TAHUN 1966 INI KUKARANG SEMASA
BERUMUR 23 TAHUN.INILAH MANIFESTASI CINTAKU PADA KAMPUNG HALAMAN MALAYSIAKU.
SUDILAH BACA PUISI TERPANJANGKU INI
HINGGA HABIS.
GELINTAR JIWA ANAK KAMPUNG
pertama
urat nadiku
ia
jiwaku
lukisan
perjuanganku.
kelahiranku
sudah
bercorak
semestinyakah
aku
menjadi
pengikut setia
corak
tua?
tidak.tidak.tidak.
kampungku
bila
lagi mahu mencetak
buku-buku
baru?
takut.takut.takut.
mengapa
takut mencari diri sendiri?
kerana
takut mencari diri sendiri
langsung
tidak kenal diri sendiri.
aku tidak boleh melihat
orang penakut.
bila?
bila
lahir pencipta
tapi
takut menjadi perintis
langsung
tidak tercipta sesuatu yang agung.
orang-orang
yang
sedar akan tanggungjawaab
amat
sedikit lahir
yang
sedikit ini
kembara
pula di tengah hari.
kecintaan
kampungku
tiru
meniru
tanpa
pangkal hujung
suka
mendabik dada
seperti
orang gila tapi bukan gila
bersuara
tinggi:
aku mahu hidup
aku cintakan kehidupan
aku cintakan kehidupan
tahu nilai kehidupan?
tanah
ini kita yang punya.
di
kanan
di
kiri
di
tengah
di
depan
di
belakang
laut bukan berapi
ada
jambatan merentang
runtuh
di tangan anjing.
tanah
ini satu asalnya
cuma
berlainan rumah suci
jambatan
runtuh sudah dibaiki
ranap
pula di tangan sendiri.
laut bukan beracun.
percaya,
jambatan
dibaiki semula
biar
kukuh ke zaman-zaman menanti
tanah
ini bukan untuk diserah kepada anjing.
apa?
ke mana neraca jiwa
manusia?
ikhlas
setia minta diamalkan.
bulan
ini bulan kita
mandikan
amalan dalam
cahayanya.
dari
sudut hati.
orang
cuma sanggup ketawa
mentertawakan
diri sendiri
hakikat
sebenar bukan mereka sedar.
menangis
seorang diri
selebihnya
memerhati riang.
pandai
melakukan kesalahan
masih
menuduh lagi
masih
lagi mencari-cari
siapa
melakukan kesalahan.
sememangnya
senang menuduh orang
paling
payah menuduh diri sendiri
bukan
mahu menuduh diri sendiri.
mudah
melihat kesalahan orang lain
kesalahan
diri sendiri bukan hendak dilihat.
ada
yang bercakap
percakapan
itu bukan percakapan mereka
mereka
menyambung percakapan orang lain
jadi,
hidup
begini tidak dimahukan lagi.
kampungku punya
sekangkang tanah.
ada
tidak sedar nilai tanah
lalu
mereka memajakkan tanah
lalu
mereka menjualkan tanah
tinggal
mereka tanpa bertanah.
mata
terbuka itulah ada pula yang buta
memandang
jauh tapi tersangkut di pinggir mata
nanti
berlaku di hari tua
orang
meninggi kampungku merendah juga
apa nak dikata?
rumpun
padi membuahkan
emas
terang
tampak di mata
emas
di kampung dirampas orang.
apa dikata?
tak
apa.tak apa.tak apa.
sudahlah.
aku
anak kampung berdarah panas
tidak
sanggup melihat ketempangan
tidak
sanggup melihat bunga kesabaran
lemah
lembut kaya merendah diri.
ini warisan basi
barah kampungku
bunuh ia
bunuh ia hari ini.
jadi?
masuk ke dalam barisan
lantas
berdiri di hadapan
bertindak tentu.
nanti
dikata kurang ajar?
kurang ajar kerana kemajuan
biarkan.
kalau
tidak bertindak
hari
esok kampungku
rebah
rebah
di kaki orang-orang
berfikiran
salah
pemilik
nafsu menghamba
kepuasan
puncak khianatnya.
gelintar jiwa anak
kampung
melihat jalanan
di belakangnya
mencermin
jalanan
di mukanya.
apa
yang aku fikirkan ialah apa yang aku susahkan
bukan
senang
menyelesaikan
benang
kusut.
sedang
orang-orang
kampungku
disapu ribut
ada
cendekiawan-
cendekiawan
gantungan
harapan
rakus
meneguk bayang
hitam.
siapa
lagi berhak
menolong
diri sendiri
kalau
bukan diri
sendiri?
aku
susahkan esok
kerana
cintaku
pembangunan
semesta
dalam
luar
zaman baru
kampungku
duniaku.
puncak
urat nadiku:
hari ini apa yang aku
susahkan ialah esok.
abdul ghafar ibrahim
Kulim, kedah
1966.
(Yang Yang/That's That.2009.Kuala
Lumpur:ITBM.
Terjemahan Inggeris:Harry Aveling )
Comments
Post a Comment