SELAMAT HARI MALAYSIA 2017
Hari ini tanggal 16 September 2017, merupakan Hari
Malaysia. Syukur kepada Allah SWT memberikan keamanan dan keharmonian kepada Negara
kita. Walaupun pelbagai etnik, agama dan budaya sejak zaman berzaman.
Negara kita tetap aman dan harmoni. Biarpun jika dilihat cuaca
politik yang kadang-kadang agak panas, namun masih bisa dikawal dan keamanan
masih tetap utuh.
Biar pelbagai ideology siasah yang wujud dan pelbagai
fahaman yang terdapat di Negara kita, ia masih tetap di bawah norma-norma
aturan perlembagaan Negara.
Justeru keamanan, keharmonian dan perpaduan yang terjalin
antara pelbagai etnik bangsa seharusnya terus di pertahankan sampai bila-bila.
Mahu berpolitik, ya silakan berpolitiklah secara matang,
mahu berbeza pandangan atau fikrah, ya silakan, usahlah bercakaran sehingga
menimbulkan kecelaruan dalam perbezaan.
Bermesyuarahlah dengan aman dan tenang, berdebatlah dengan
matang tanpa merasa diri yang benar. Sayangilah Negara kita, sehati dan sejiwa
dalam mempertahankan bersama.
Sekali lagi aku ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!
Comments
Post a Comment