Segalanya Ketentuan-Nya…Takziah!
Baru beberapa minit tadi aku menerima kiriman berita dari
adik iparku melalui ‘wassap’ Group Famili Bani Ibrahim, memberitahu keadaan
bondanya yang kritikal dalam perjalanan
untuk dibawa ke Hospital Port Dickson.
“Assalamualaikum…Saya
mohon doa dari semua warga Bani Ibrahim semoga mendoakan kesembuhan dan
kesihatan buat Mak Adha yang semakin uzur sekarang ni… sudah dua hari tidak
sedarkan diri…baru sahaja dibawa ke Hospital Port Dickson…”
“Assalamualaikum
kepada semua. Saya Muhammad Adha Boyong mohon doa dari semua untuk kesembuhan
bonda saya yang sedang kritikal di Hospital Port Dickkson. Ribuan Terima kasih.”
Adik iparku meminta semua ahli keluarga mendoakan
kesejahteraan dan keafiatan untuk bondanya. Bondanya sejak beberapa minggu lalu
memang tidak beberapa sihat, begitulah kita insan, ada waktunya diberi ujian
kesihatan.
Kami keluaraga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan
kebaikan untuk bonda adik ipar, moga Allah menyembuhkan sakitnya. Begitulah harapan
setiap dan semua insan di dunia ini.
Namun begitu…
Segala-galanya sudah takdir dan ketentuan Ilahi…
Beberapa minit kemudian…menerima mesej melalui ‘wassap’
Group Famili Bani Ibrahim…
“Innalillahi
Wainna Ilahi Roji’un…Bonda saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir
sebentar tadi…mohon doa semua semoga roh Bonda kesayangan saya dicucuri Rahmat
dan ditempatkan bersama orang-orang solaeh…Aamiin…(Muhammad Adha Bin Boyong)
Hospital Port Dickson, 10.15 malam,22h/10/2017.
Begitulah kehidupan insan, segala-galanya berakhir dengan
kematian. Kematian yang pasti dan mesti. Siapa pun tidak akan dapat
menghindari.
Begitulah akhirnya sebuah episod kehidupan buat insan di
dunia. Aku secara pribadi telah menghantar mesej kepada Adik iparku, memberi
ucapan takziah buat adik ipar dan seluruh ahli keluarga sebelah pihaknya agar
bersabar dengan ujian kehilangan bonda yang disayangi.
‘Setiap yang bernyawa pasti merasai mati’
Mati itu pasti dan mesti!
Comments
Post a Comment