Seronok Membaca
Bagi aku, tidak tahulah orang lain, membaca sangat menyeronokan, mengapa seronok? ada orang membaca rasa tidak seronok kah?
Boleh jadi, mungkin...entahlah, semua itu bergantung kepada individu. Kalau membaca rasa tidak seronok, aku rasa baik jangan membaca, bolehkah macam itu?
Biasanya orang yang membaca, seseorang itu sangat suka, gembira, ghairah, tidak sabar dan macam-macam perasaan sebab mahu baca buku, lagi-lagi buku baru yang baharu sahaja dibeli.
Seronok bukan main, mahu buka plastik, mahu cium-cium buku itu,sedap bau buku baru ni, siapa yang tidak pernah cium buku? Ha...ha...ha...bila beli buku tebal, terasa teruja, hati bertanya-tanya sendiri, macam mana penulis ni boleh tulis buku tebal-tebal macam ni.
Eh...buku macam ni pun boleh terbit? Senangnya tulis buku...macam-macam tanda tanya dan soalan di hati...itulah aku, sebab seronok lihat buku, bertambah bila boleh beli dan baca.
Lagi-lagi makin bertambah koleksi buku yang ada, makinlah seronoknya, sungguh! tidak percaya cuba lakukan keseronokan membaca ini. Melihat buku-buku yang tersususn di dalam rak, makin seronok, makin ghairah.
Dengan adanya koleksi buku-buku, ia akan memberi suntikan semangat kepada diri. Itu bagi akulah, sendiri yang buat, sendiri yang akan rasa dan menikmati.
Salah satu, nak rasa seronok membaca adalah binalah perpustakaan pribadi,aku percaya,aku yakin keseronokan itu akan datang sendirinya...ghairah sungguh!
Sungguh...buatlah...belilah...kumpullah dan yang penting membaca.
Comments
Post a Comment