Seperti Ini Malamku


Related image

Bila malam semakin kelam, ramai yang masih asyik dengan malam. Malam bagai siang, semakin kelam dan suram malam semakin meriah dengan pelbagai ragam insannya. 

Ada yang masih di warung-warung dan restoran-restoran mengisi perut, ada yang masih bertungkus lumus mencari rezeki kerana kerja sif malam.

Malah ada yang sudah masuk ke kelab hiburan, kelab malam, disco, karoke dengan niat beristirehat dan menghilangkan rungsing yang melanda jiwa. 

Ya, ada pelbagai ragam insan mengisi malam dengan pelbagai aktiviti kehidupan mereka.

Seorang pelajar sedang bertungkus lumus menghafal pelbagai formula untuk ujian atau peperiksaan yang akan di mulai minggu depan. 

Seorang penulis rencan, sedang giat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak editor tentang sebuah tulisan yang akan diterbitkan beberapa hari lagi.

Sedang seorang ibu bertarung nyawa di sebuah hospital besar di wad bersalin untuk melahirkan anak pertamanya. Sepasukan anggota keselamatan terpaksa bergegas ke tempat kejadian rompakan disebuah bank di sebuah ibu kota besar.

Semuanya diwaktu malam…sedang ramainya insan-insan yang sudah mulai diulit mimpi indah, mimpi ngeri dan mimpi seram. Ada yang masih cuba melelapkan mata tetapi amat sukar.

Malah, sudah ada yang bagun membersihkan diri, tunduk dan sujud kepada yang satu. Indah sungguh malam yang dilalui, tenang, damai…malam-malamnya penuh dengan rintihan, tangisan penyesalan, malamnya dengan taubat, doa sungguh-sungguh.

Allahuakbar, malam-malam mereka tidak disia-siakan, malam mereka penuh keberkatan, pengharapan dan munajat sepenuh jiwa raga hanya kepada Yang Maha Esa.

Dan malamku…seperti ini adanya, masih menulis entah apa yang dinukilkan… ya demikianlah aku…

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya