Harapan Di Bulan Oktober 2017
Apa?
Sudah bulan sepuluh…sekejapnya rasa, lagi dua bulan 2017 akan berakhir, itu pun
kalau aku sempat bertemu ketahun hadapan. Itu semua urusan Tuhan, aku cuma berusaha,
berdoa dan bertawakal.
Urusan
ajal aku serahkan kepada yang empunya dunia ini. Aku cuma menumpang, ya, hidup cuma
menumpang sementara. Segala-galanya ditentukan oleh Dia yang Maha Sempurna.
Dari
satu bulan ke satu bulan, minggu ke minggu, dari hari ke sehari, dari seminit ke seminit,
dari saat ke saat…semua itu atas aturan-Nya.
Nikmat
yang diberi tidak pernah terkurang, syukur pada-Mu ya Rabb! Siang berganti
malam, malam berganti siang, masih begitu aturan-Nya.
Dia Yang
Maha Berkuasa atas segala-galanya, begitu dengan diriku, masih diizinkan
bertemu dengan bulan yang baru dalam tahu masehi dan Muharram dalam bulan
Islam.
Masih
diizinkan menghirup udara yang nyaman, sang mentari masih ku rasai
kehangatannya, makan minum masih ku
nikmati, dapat lagi bermain dengan anak-anakku, berkasih sayang bersama
isteriku, bertegur sapa dengan kawan-kawan sekerjaku dan diberi tenaga untuk
mencari rezeki yang halal untuk keluargaku.
Banyak
dan besarnya nikmat-MU ya Rabb!. Aku mahu oktober ini lebih baik dari September
yang berlalu. Mudah-mudahan Allah SWT membimbing aku dalam menyelusuri
kehidupanku untuk aku terus dalam cahaya taufik dan hidayah-Nya.
Bukan
untuk diriku sahaja tetapi untuk isteriku, anak-anakku, kedua ibu bapaku dan
saudara seislamku di mana jua mereka berada. Hanya hidup bergantung kepada-Nya
sahaja, akan beroleh ketenangan dan kebahagian. Kerana semua kita akan kembali
kepada-Nya, pasti suatu masa kita semua akan kembali menghadap Ilahi.
Tiada
sesiapa pun yang terkecuali, pasti dan mesti. Aku sendiri khuatir akan nasib
ku, apakah kesudahanku lebih baik atau sebaliknya. Amal ibadahku, amal solehku,
ketaatanku apakah sudah mencukupi untuk aku menghuni surga idaman setiap
hamba-hamba-Nya. Allah…Allah…Allah…
“Ya
Allah bimbinglah aku, pimpinlah aku dalam mengenderai kehidupanku ini…maaf dan
ampunilah kesalahan dan kesilapanku yang zahir mahu pun yang batin…Ya Rabb!”
Oktober
ini, aku mahu lebih tenang, bahagia, tenteram dan harmoni. Kerja yang aku
lakukan, biarlah kerana niat semat-mata untuk Mu, kasih sayangku untuk isteriku
dan anak-anakku pun semata-mata kerana-Mu.
Kepada
kedua ibu bapaku, biarlah aku terus akrab dan rajin-rajin menziarahinya,
mendoakkan untuk keduanya setiap kali selesai solat lima waktu. Merekalah yang
membesarkan aku, mendidik aku, menyekolahkan aku, sudah pastinya mereka juga
sering mendoakan aku.
“Ya
Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku, berilah kesihatan,
kebahagian dan ketenangan kepada kedua ibu bapaku. Engkau peliharalah mereka
dari kemudaratan, berilah keselamatan keduanya…tetapkanlah mereka dalam cahaya
Islam, iman dan taqwa kepada-Mu…Aamiin Ya Rabb!”
Ya,
itulah harapanku di bulan oktober tahun masehi ini. Moga harapan dan impian ini
akan didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Begitulah kehidupan ini,
perlukan tempat bergantungan, selain dari manusia.
Kita
memerlukan Sang Pencipta atas segala-galanya. Oktober ini, aku mahu bersama
Tuhan sentiasa. Aku serahkan segala-galanya hanya untuku-MU Ya Rabb!
Aamiin
Ya Rabb!!!
Comments
Post a Comment