Akhirnya...
Akhirnya terpisah jua aku dengan koleksi Akhbar Tabloid Harakah. Setelah sekian lama aku menyimpannya sebagai koleksi dalam bilik buku. Hari ini aku terpaksa berpisah dan melepaskannya.
Ini disebabkan ruang semakin terhad untuk menyimpannya. Mahu tidak mahu aku terpaksa 'timbang kati' kepada lori yang mencari akhbar lama...surat khabar lama, paper lamaaa...
Bukan bermakna aku tidak membaca lagi isu-isu politik yang berlaku di tanah air kita melalui akhbar ini. InsyAllah aku akan terus mengikuti melalui siaran online. Sesekali kena beli juga.
Seingat aku membaca akhbar ini semenjak tahun 1995...jangka masa yang lama...
Comments
Post a Comment