Pantai Remis Tak Jadi, KFC Jadilah


Ini cerita semalam, semalam yang berlalu tetapi masih boleh diingati dan ia kan menjadi satu memori, sekadar memori biasa. Hari ahad hari untuk bersantai untuk famili kepada kebanyakan mereka yang punyai keluarga.

Aktiviti biasa jika di rumah, kemas rumah, basuh baju dan macam-macam lagi. Itu kebiasaan yang dilakukan. Ada yang untukkan hari ahad untuk balas dendam, balas dendam untuk apa?

Ha..ha..ha…tidurlah apa lagi. Setelah enam hari bekerja bertungkus lumus, ahad dijadikan hari yang indah bagi mereka. Terpulanglah kepada masing-masing bagi mengisi kualiti cuti dan kehidupan masing-masing.

Konon Nak Ke Pantai Remis


Aku, sebelah petang bawa anak-anak bersantai, konon kesahnya mahu ke Pantai Remis, ya…memang aku kearah sana pun. Sekitar jam 5.50 petang kami bertolak ke sana. Maklum lama juga tidak ke sana.


Sampai dipersimpangan ke Pantai Remis, kelihatan sesak dengan kenderaan keluar masuk, memang ‘jammed’ arah masuk ke Pantai Remis. 

Aku cuba ikut sahaja kenderaan di hadapanku. Agak perlahan dan kenderaan keluar pun banyak.

Salah perhitungan, hari ahad memanglah sesak, hari cuti, masing-masing mahu bersantai-santai dengan keluarga. Umi beri pandangan, patah balik, pergi ke Setia City Mall, Setia Alam.

Anak-anak pun tak kesah, mereka suka bila sebut Setia City Mall. Nampak gaya, gagal lagi mahu bersantai di pantai. 

Aku pun bersetuju dengan pandangan Umi, di hadapan kenderaan keluar berkurangan, aku terus belok ke arah kanan lorong masuk rumah orang untuk membuat ‘U-Turn’.

Berjaya melolos dari kesesakan…aku pacu keretaku ke distinasi seterusnya. Walaupun, waktu sore kian menjelma, aku teruskan dengan niat untuk gembirakan anak-anaku,

Setia City Mall Juga Akhirnya



Biasalah, hari cuti, tempat parkir memang padat, aku memilih tingkat enam untuk parkir kereta. Selepas ke parkir terus menuju ke dalam,ermm…memang ramai. Hujung minggu katakan.

Cari surau untuk solat maghrib,seperti biasalah, kena bergilirlah untuk bersolat. Walau sibuk macam mana pun solat jangan abaikan, di mana kita berada sekalipun…ia tetap tuntutan wajib. Ingatan untuk diriku…

Aku bergilir dengan Umi, Umi solat dulu, aku tunggu di luar bersama dengan Huzaifah. Adik pun mula meragam, biasalah budak-budak…tidak lama, aku pula solat.

Selesai, aku turun ketingkat dua kalau tidak silap untuk ke tempat Umi dan anak-anak berada. Huzaifah menangis, ada sesuatu yang diinginkan…alahai anak…tak semestinya kami ikut apa yang mereka mahukan…rasa seronok bertukar muram…sabar…

Mahu makan pun sudah hilang 'mood' bila ada yang meragam. Umi beri cadangan balik sahaja, makan di tempat lain. Cadang mahu makan KFC di situ, tapi tidak menjadi, aku cadangkan makan KFC di Setia Alam. Mereka bersetuju. Selesai satu masalah…alahai nak-anakku.

Di KFC Setia Alam



Di sini pun ramai, aku pusing dua kali untuk cari parker, akhirnya dapat tempat untuk parkir, syukur! Terus masuk, Umi cari tempat duduk, aku ke kaunter untuk order KFC, cari apa yang mahu di makan, kalau sudah ayam, ayam juga pilihannya.

Alhamdulillah di sini, anak-anak semuanya tenang-tenang, mungkin masing-masing lapar. Mahu ke pantai tidak menjadi, mahu santai-santai di Setia City Mall pun tidak berapa menjadi. 

Akhirnya ke KFC, makan ayam…ermm…santai-santai hujung minggu katakan. Apa yang penting dapat gembirakan hati anak-anakku.


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya