Mahu tak mahu kena ambil tahu juga, apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya dunia luar. Macam-macam berlaku dan terjadi,ekonomi, politik,agama, budaya,cuaca dan pelbagai lagi. Selagi yang bernama kehidupan,beginilah yang akan dirasai dan dihadapi oleh semua manusia di muka bumi ini. Melihat keadaan situasi politik dalam Negara ini, pasca pemerintahan baharu, aku melihat pelbagai isu timbul dan sungguh tidak menyenangkan secara pribadiku. Bermulalah dari al-kisah janji-janji politik melalui manifesto yang dijanjikan,penghakiman skandal-skandal durjana terdahulu, kedangkalan minda ahli politik, isu agama, kaum,bahkan isu yang terkini(isu ICERD)membuatkan sebahagian masyarakat amarah. Belum lagi nak cerita masalah kehidupan rakyat yang seolah tidak berubah lagi dari segi ekonominya. Barang terus mahal, minyak pun tidak turun-turun apatah lagi tol yang diwar-warkan akan ditiadakan juga kini sudah dikatakan tidak boleh dima...