Nota Ramadan: Ramadan Melatih Bersabar

bersabarlah jika ada orang menghina kita Ramadan indah ramadan bercahaya, cahaya menyeri seluruh alam, alangkah beruntungnya insan yang mendampinginya, betapa pula ruginya insan yang mempersia-siakan kehadirannya. Kedatangannya amat dinanti, kepergiannya akan ditangisi...ah, aku bermonolong pula. Siapa yang tidak sayang pada bulan suci ini, bulan di mana dijanji pelbagai bentuk kelebihan. Siapa yang membangunkan ramadan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pasti ada imbalannya nanti, itu janji Tuhan Yang Maha Agung. Diam tak diam sudah masuk dua hari kita berpuasa, syukur, hari ini dipertemukan lagi di dalam bulan yang penuh keindahannya. Jangan sesekali dicemari keindahannya, kelak nanti Allah SWT murka. Ramadan memberikan kita banyak peluang untuk bersama-samanya, bermula hari pertama munculnya sehinggalah pada akhir nanti ia akan pergi. Apakah aku setia atau aku tewas dipertengahan jalan ini, ya Rabb...aku mohon pada-MU agar aku setia berterusan bersama ramadan ini. Aku ...