Ulasan Tuan Puzi Hadi Terhada Karya-Karya Masshah Di Portal eSastera.com Bulan Febuari 2014
KRITIK SOSIAL
DUA puisi
daripada masshah. Pertama, puisi
berteks asal warna merah Orang Itu secara khusus kepada tokoh
politik pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang melalui pelbagai ragam konspirasi
politik (?):
Tidak cukupkah fitnah konspirasi bersemarak keji
hingga terperosok ke jeriji besi teman akrab
dihenyak dihina dibogel dimalukan seantero dunia
itupun masih tak merasa apa-apa lagi
dihujung senja usia, lagi berbicara kosong bohong
sedikit keinsafan belum terlihat terjelma.
Dan kedua, puisi
berteks asal hijau Perpaduan Impian punya wawasan murni pada
perpaduan masyarakat dan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tapi ianya
mengambil masa merealisasi sepenuh murni:
Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetiaan jua kejujuran.
suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.
PERIBADI
MASSHAH dengan puisi Koreksi Diri pada menjelang usia ke-40
tahun (aduh masih muda ganteng Bung Masshah!). Dia merenung pelbagai hal untuk
perbaiki diri, antara bait-baitnya:
ada terus pergi
tidak kembali
ke negeri abadi janji Ilahi (Stanza I)
baik buruk bakal ditimbang diadili pasti ,
mahsyar menunggui. (Stanza II)
tidak menyakiti, dengki mendengki irihati
takbur, sombong serta busuk hati (Stanza III)
ke negeri abadi janji Ilahi (Stanza I)
baik buruk bakal ditimbang diadili pasti ,
mahsyar menunggui. (Stanza II)
tidak menyakiti, dengki mendengki irihati
takbur, sombong serta busuk hati (Stanza III)
PROTES
SETERUSNYA, masshah dengan Hentikanlah
Fitnah Itu pada kata fitnah yang berleluasa dalam situasi politik
semasa khususnya musim pilihan raya. Impak puisi ini lebih terkesan dituju
kepada pemerintah yang sering membuat onar kepada lawannya. Stanza IV terakhir
penyair berkhotbah:
Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.
NASIONALISME
PUISI pertama
oleh masshah ialah Selangorku
Negeriku merakam kecintaan padunya untuk Selangor Darul Ehsan yang
kaya dan penduduk berbilang kaum yang hidup berharmoni.
Dan kedua,
puisi Tentang Bangsaku iaitu khusus untuk orang Melayu yang
diajak agar bersatu. Ajakan ini terdengar keras pada larik-larik pertamanya:
Bangsaku melayu marilah bersatu (Stanza I)
Bersatulah wahai bangsaku Melayu (Stanza II)
Bersatu dan berpadu menuju ke mercu (Stanza III)
Bangsaku Melayu mestilah bergerak laju (Stanza IV)
MORAL
DUA puisi
daripada masshah ialah Janji Kita dan Kasih
Sayang Anugerah. Pertama,Janji Kita menanam nilai murni sesama
manusia dalam berjanji kata. Antaranya:
Janji kita janji peduli (Stanza I, baris 1)
Janji kita janji ditunai (Stanza II, baris 1)
Janji kita janji yang pasti (Stanza III, baris 1)
Janji kita janji ditepati (Stanza IV, baris 1)
Janji kita janji murni (Stanza V, baris 1)
Dan kedua,
puisi Kasih Sayang Anugerah tentang sifat rahmah yang harus
didakapi dalam kehidupan. Penyair mengangkat rumusan terlalu pantas pada stanza
I, sewajar rumusannya pada stanza terakhir puisi iaitu:
Kasih sayang itu suci
kasih sayang itu murni
kasih sayang itu sejati
kasih sayang itu anugerah Ilahi. (Stanza I)
PRK KAJANG
PENYAIR masshah dengan sebuah puisi iaitu Kajang Sudah Realiti banyak
bermain rima akhir, antaranya konsonan ‘h’ (Stanza I) dan vokal ‘I’ (stanza II):
Suara-suara murah
bawa padah serta amarah
berdesing-desing fitnah membarah
…
enggan insaf diri nyata tidak muhasabah
terus ego, melulu serta angkuh.
Mana punyai harga diri
mana punyai jiwa berani
mana punyai setia janji
mana punyai kredibiliti.
PUISI MENARIK – FEBRUARI
2014
|
·
ammarhazim, “GUGUR”,
Jumaat, 28 Februari 2014, 7:32 PM
·
AzmiRahman, “USIA”, Khamis,
6 Februari 2014, 1:57 PM
·
HaizamOLEK, “Harga Diri”,
Isnin, 24 Februari 2014, 9:04 AM
·
ibnudinassingkiri, “”Melepaskan
Batuk Di Tangga””, Rabu, 19 Februari 2014, 9:55 AM / Edit terakhir: 4:25 PM
·
mansor bin a hamid, “JIKA MATAHARI
KASIHKAN BULAN”, Sabtu, 22 Februari 2014, 5:00 AM / Edit terakhir: 5:03 AM
·
masshah, “Perpaduan Impian”, Rabu, 19 Februari 2014, 2:12 PM
·
Mokhtarahman, “BUKIT-BUKIT
YANG RENTUNG”, Jumaat, 28 Februari 2014, 8:17 PM
·
Mohd Azmi bin Harun, “burung terbang
di Kajang”, Jumaat, 14 Februari 2014, 3:49 PM / Edit terakhir: 4:20 PM
·
mudin, “Perjalanan”, Isnin, 3
Februari 2014, 12:12 PM / Edit terakhir: 12:14 PM
·
Nur Ain Hanis, “Peringatan yang
Tertinggal”, Isnin, 24 Februari 2014, 8:14 AM
·
SIqram, “Doa musim gering”, Jumaat,
28 Februari 2014, 7:32 PM
·
yajuk, “Senja Semakin Merah”,
Jumaat, 7 Februari 2014, 9:36 AM
·
ZahidNaser, “Apabila aku
dilarang berfikir”, Khamis, 13 Februari 2014, 5:47 PM
#UNTUK ULASAN PENUH KARYA-KARYA LAIN LAYARI PORTAL ESASTERA.COM
Klik sini: PORTAL ESASTERA.COM
TERPILIH ANTARA SEBELAS PUISI MENARIK BULAN FEBUARI 2014
Perpaduan Impian
Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetian jua kejujuran.
suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.
Biar bersipongang
sepanjang zaman
perpaduan indah milik
bersama satu impian
walau sekadar retorik
bicara dan bunyi keriuahan.
berdentum dentum
sekadar omong-omongan,
yakinlah suatu masa
keikhlasan perpaduan
jika benar nubari insan
bertunjang kejujuran.
Masshah 2014
19022014
Meru.
Comments
Post a Comment