Berpolitik Dalam Blog Ketiga
Blog Muhammad Anas |
Tulisan-tulisan pandangan politik |
Syukur alhamdulillah, niat nekadku untuk menulis telah
aku realisasikan, aku paksakan diriku untuk menulis sekurang-kurangnya dua muka
surat atau tiga muka surat setakat ini telah berjaya aku lakukan, aku harap dan
berjanji pada diriku agar aku terus istiqamah untuk melakukanya. Harap-harap
begitulah, bukan hanya angan-angan sahaja. Aku benar-benar terkesan dengan
kata-kata yang aku baca dalam muka buku sahabat fb;
“Kerja penulis adalah menulis, bukan angan-angan mahu
menulis.”
Begitulah bunyinya kata-kata motivasi tersebut, jika
asyik berangan-angan mahu menulis tapi tidak mula-mula juga, mana mahu dapat
hasilnya. Apa yang aku harapkan nanti biarlah, apa yang aku lakukan ini ada
hasilnya. Semuanya itu memerlukan semangat dan kekuatan dalam diri. Nekad dan
ada kemahuan yang tinggi itu perlu ada dalam diri sendiri. Beberapa hari lalu,
aku berkisah tentang blog kedua aku. Blog yang bercerita tentang buku, perasaan
aku terhadap buku, dan sebagainya.
Kisahku kali ini bersambung semula dengan terbinanya blog
ketigaku iaitu blog yang berkaitan dengan siasah atau politik, berkisah dengan
cerita-cerita politik tanah air tercinta ini. Memandangkan aku juga ada
pandangan politik sendiri, untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati ini,
aku tulis di dalam blog ini. Apa sahaja isu semasa yang berlaku di tanah air
kita, aku akan turut juga memberi pandangan, suatu pandangan orang biasa,
kerana aku yakin setiap warganegara yang sah, punyai hak untuk menulis selagi
mana tidak memudaratkan diri sendiri dan orang ramai.
Maklum dalam meluahkan pandangan politik banyak
risikonya, salah fakta nahas si penulisnya. Biasanya aku merujuk akhbar-akhbar
arus perdana dan akhbar alternatif yang ada, juga melalui portal-portal yang
wujud di internet. Luahan politik adakalanya mengikut perasaan, rasa jengkel,
meluat, menyampah melihat kebobrokan sikap dan tindak tanduk ahli politik dan
penguasa yang tidak pernah puasa dengan kuasa yang ada. Ini membuatkan hatiku
memberontak meluahkan melalui penulisan melalui medium blog yang di wujudkan
ini.
Awal kewujudan blog ini memang aku rancak menulis,
pantang ada isu panas aku turut meluahkan isi hatiku yang panas membara,
kejelekkan politik rasuah, samseng, dan ampu sana, ampu sini menyebabkan aku
menulis, menulis dan menulis, melepaskan geram yang berbuku itu. Macam-macam
isu dan perkara yang berlaku, mana mungkin aku bisa diamkan sahaja. Kemungkaran
politik yang dilakukan oleh ahli politik mesti didedahkan agar rakyat akan
menilai segala tindak-tanduk mereka yang tidak pernah sedar diri.
Begitulah semangatnya ketika itu aku menulis perihal
politik tanah air, menulis perihal politik bukan semua orang suka, maklum bermacam-macam
jenis manusia. Ada yang suka politik, ada yang tolak politik, ada yang langsung
tidak campur politik, dan macam-macam jenis manusia. Tak mengapala itu hak
masing-masing, negara hukum memberi hak kepada rakyatnya untuk berkarya,
membuat apa sahaja bentuk kebebasan selagi mana tidak memudaratkan keselamatan
negara. Undi anda rahsia katakan...,. Wah, aku sudah melalut, macam menulis
entri politik pula.
Oh...ya, lupa pula mahu beritahu, blog ketiga ini aku
namakan sempena nama anak kedua ku, Muhammad Anas- Ayuh Berubah Selamatkan
Malaysia, begitulah bunyi tagline blog tersebut. Ada yang tanya mengapa mahu selamatkan
Malaysia?, apa yang tidak kenanya dengan negara kita?, apa masalahnya?. Nak tahu, silalah masuk ke
blog tersebut. Tapi untuk beberapa minggu ini, aku belum kemaskini lagi dengan
entri terbaharu, kalau mahu baca, bacalah entri yang lama, mengapa Malaysia
perlu diselamatkan. Insyallah, ada jawapannya.
Alhamdulillah setakat ini masih ada pengunjungnya, itu
pun jika aku ada kirim entri baharu. Bila rajin menulis adalah entri baharu,
jika tidak bacalah entri lama...ha...ha...ha. Blog ini pun aku masih
sayangkannya, tak mungkin aku mahu padamkannyaa. Aku sudah copy semua
tulisan-tulisan lamanya, aku cetak dan aku baindingkannya, nampaklah macam
manuskrip buku. Banyak juga rupanya aku sudah tulis perihal politik negara,
detik hatiku bila aku baca semula tulisan itu.
Sesekali aku baca semula artikel-artikel yang aku tulis,
buat mengambil motivasi agar aku terus menulis, menulis, dan menulis, jangan
malas-malas. Dalam banyak-banyak artikel yang aku tulis, ada dua buah artikel
aku cuba hantar di surat pembaca Portal Harakahdaily.net, syukur terbit juga
tulisanku, walaupun dalam portal Harakahdaily. Itu yang waktu itu, aku semangat
gila membara mahu tulis, tulis, dan tulis lagi. Kini?, tulis juga tapi tengok
mood, agak malas copy paste sahaja dari mana-mana sumber, selesai masalah.
Masalah culas dan malas sahaja sebenarnya.
Itulah serba sedikit kisah blog ketigaku, medium tempat
aku menulis, menulis apa-apa sahaja, selagi tidak memudaratkan, masih diizinkan
perlembangaan negara, dan yang penting dari itu mahu menyedarkan masyarakat
tentang perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran hidup kita. Tulisan ini
tidak akan berakhir di sini, ia akan ada kesinambungannya nanti..., kerana ia
detik perjalanan insan biasa dalam dunia penulisan yang ingin ditukanginya. Ia
juga merupakan rakaman perjalanan panjang untuk menuju distinasi kehidupan yang
pasti.
Semoga penulisan ini ada ibrah yang boleh diambil.
Bersambung...
Assalamualaikum, Tuan Masshah. Nampaknya Tuan seorang penulis yang bersetail. Teruskan mencoret pandangan dalam ketiga-tiga blog yang ada itu. Moga bermanfaat untuk semua.
ReplyDeleteWlkmsalam Cikgu Helmi, Insyallah selagi ada daya dan semangat akan ku coretkan semampuku...;), terima kasih juga kerna membacanya.
ReplyDelete