Aku Dan Menulis Di Blog
Blog Nur Dania Balqis |
Tulisan-tulisan di blog Nur Dania Balqis |
Kali ini aku nekad sesungguhnya, mahu menulis dan terus menulis, aku mahu
buang rasa culas dan malasku. Bila malas dan culas, semua jadi tidak menentu,
menulis tinggal angan-angan sahaja. Tidak ada apa-apa hasil. Aku punya blog
tempat aku menulis, berkongsi apa-apa sahaja tentang warna-warna kehidupan ini.
Seingat aku sebelum ini aku ada tujuh buah blog, semua itu atas semangat yang
membara mahu menulis, menulis dan terus menulis, itu janji aku sewaktu membina
kesemua blog tersebut.
Tiga bulan lalu, aku telah padam empat buah blog yang lain, aku fikir
kerana terlalu banyak sangat, lalu aku perlu padam mana yang tidak perlu, aku
perlu fokus pada satu blog, fikir ku ketika padam blog tersebut. Tinggallah
tiga buah blog yang aku masih sayang untuk aku padamkan. Blog Nur Dania Balqis
merupakan blog yang pertama aku bina pada tahun 2009, sewaktu itu
berkobar-kobar mahu menulis tentang anak aku, permata hati abi dan umi, tag
line blog tersebut.
Banyaklah yang aku kongsikan dalam blog tersebut, macam-macam perkara dalam
kehidupan ini dikongsikan dalam blog tersebut. Pada mulanya blog tersebut fokus
pada kisah anak, kelahiran anak pertama yang aku namakan Nur Dania Balqis, lalu
aku abadikan namanya dalam blog tersebut. Sewaktu aku bina blog tersebut,
anakku itu baharu beberapa bulan lahir di dunia ini. Atas rasa gembira dan
syukurnya itulah aku bina blog itu.
Di situlah mulanya aku cuba menulis, menulis apa-apa sahaja tentang
kehidupan ini. Biarpun blog tersebut berkisah tentang permata hati, sesekali
aku tulis juga tentang pandangan kehidupan dalam persekitaran harian, buang
anak, cara mendidik anak, tazkirah pendek dan dairi harian aku. Kini, blog
tersebut malap dari perkongsian untuk tatapan sahabat blogger yang lain. Namun
aku masih sayang blog tersebut, aku tak akan padam blog tersebut.
Sesekali aku tunjuk pada anak aku Nur Dania Balqis, kataku padanya;” esoka
kalau kakak sudah besar, kakak boleh tulis di sini, macam-macam”, Kataku
padanya, “Iya ke?”. Budak-budak katakan, insyallah blog tersebut aku akan
wariskan padanya nanti. Aku harap satu hari, anakku ini akan menjadi penulis,
cita-citanya mahu menjadi doktor, tetapi aku tambah supaya menjadi penulis
juga, doktor yang pandai menulis. Harap-harap begitulah hendaknya.
Menulis dalam blog ada pasang surutnya, sekejap semangat, sekejap malap,
sekejap sanggap...ha...ha...ha, yang sebenarnya culas dan malas, Itu jawapan
yang paling tepat setepatnya. Melihat sahabat-sahabat blogger yang lain, pun
begitu jua, ramai yang sudah malap dan terus tidur, tengok pada pautan mereka.
Ada yang sudah setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun pun ada, tanpa ada
apa-apa perkongsian. Mungkin sudah tidak ada masa, dan mungkin macam-macam
perkara penting yang perlu diberi keutamaan.
Kerja-kerja menulis memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi, bukan semua
boleh berjaya dalam dunia penulisan, masing-masing punya kelebihan dan
kekurangan. Kerajinan dan ketekunan, kesungguhan dan istiqamah dalam setiap
pekerjaan, sedikit tapi berterusan, tulis dalam blog, biar sedikit tapi
berterusan, masing-masing punyai pendirian. Menulis di blog bukan macam menulis
buku, seingat aku, menulis buku ada ‘dateline’, ada waktu tertentu mesti
disiapkan dan seterusnya diterbitkan.
Menulis buku ada target, blog tidak ada target, bila-bila masa mahu tulis,
rajin tulis adalah perkongsian, malas menulis tiadalah perkongsian untuk dibaca
oleh pembaca lain. Ini sekadar pandangan aku, tidak tahulah orang lain. Tapi
sudah ramai juga penulis blog menjadi penulis yang berjaya. Tulisan-tulisan
dalam blog dilahirakan menjadi sebuah buku, laku, laris macam goreng pisang
panas diseksyen 19 Shah Alam, ha...itulah penangan penulis blog. Hebat juga
mereka rupanya.
Aku?, kalau culas dan malas, macam mana mahu berjaya menjadi penulis, asyik
tangguh-tangguh, nantilah, penatlah balik kerja, dan macam-macam alasan.
Berbalik pada blog pertama yang aku bina, blog Nur Dania Balqis-Permata Hati
Abi dan Umi. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja waktu menulis sesuatu mahu dikongsikan dalam blog, semangat belum
layu dan pudar tika itu. Jika boleh setiap saat dan detik mahu dirakam, ditulis
dan diterbitkan dalam blog. Orang lain baca atau tidak, itu belakang kira, yang
penting penuh blog dengan segala macam tulisan dan gambar.
Seronok dan menyeronokan sekali, pantang bercerita dengan kawan, akan
bercerita tentang blog, masuklah blog aku, kalau mahu tengok anak aku, masuk
blog aku, ya...itulah semangatnya ketika itu. Sekarang?, sesekali kemaskinilah,
adalah sedikit perkongsian, letak gambar, tulislah sedikit ulasan. Bila?, dan
di mana, sekadar untuk memberitahu peristiwa tersebut berlaku. Untuk menulis
panjang-panjang sudah culas dan malas. Blog sekali empat buah, ghairah
sangat...menulisnya?, hancur!.
Insyallah, kali ini nekad seperti yang aku tuliskan pada mula kisah ini.
Untuk edisi cetak, semua penulisanku di blog Nur Dania Balqis aku sudah
cetak menjadi seperti ala-ala manuskrip, itupun dari awal dibina hingga bermulanya
era kemalapan ku menulis di blog tersebut. Bila baca semula tulisan-tulisan
tersebut terasa seronok pula, bersemangat pula mahu menulis kembali, ya, aku
sudah mula menulis kembali di blog tersebut tahun ini, aku akan cuba aktifkan
semual blog tersebut, semangat terus bersemangat, jangan culas dan malas wahai
diriku...!.
Bersambung...
Assalamualaikum, Tuan Masshah. Wah, saya tak terfikir pun nak cetak entri di blog saya. Ini satu perkongsian yang menarik. Bolehlah Tuan Masshah sunting semula, susun dan sebagainya. Mana tahu boleh dijadikan manuskrip buku panduan anak untuk diterbitkan.
ReplyDeleteYa, malas musuh kepada penulis.
Wlkmsalam Cikgu Helmi, terima kasih berkunjung dan membaca catatan ini, ia sekadar tulisan biasa-biasa sahaja, mungkin banyak kena edit, maklum masa tu tulis terus post tanpa semak-semak secara detail, janji post...Insyallah ada masa cuba nanti. Terima kasih kembali.
Delete