Cakap-Cakap Orang Sastera: Bila Semangat Pudar
7 hrs ·
Setiap
kali semangat terasa pudar untuk meneruskan kerja-kerja seni, saya kembali
melihat status-status Pak Yusof Gajah,
Puan Mahaya Mohd
Yassin, Dato' Dr. Zurinah Hassan, Dr. Siti Zainon Ismail,
Pak Agi Ghafar Ibrahim dan
Kakanda Siti Zaleha M.
Hashim. Mereka menjadi penanda aras saya bahawa menulis dan berjuang
itu tiada noktahnya. Oleh sebab itu, saya abaikan sahaja mana-mana status
penulis yang lebih terkemudian yang hanya mengeluh. Terima kasih kepada
penulis/pengkarya terdahulu yang banyak mencetuskan inspirasi melalui
perkataan, perbuatan dan isyarat yang ditinggalkan untuk kami.
·
Anda, Agi Ghafar Ibrahim, Najibah A. Bakar, Anis Amida Abdulhamid dan 36 yang lain menyukainya.
Salina Sari bukan
penulis Nisah Haron saja
yang perlukan motivasi...kami juga perlukan perkara yang sama kerana kami juga
punya kekangan dan dugaan dari masa ke semasa...kadang-kadang keluh kesah
tambah mengacau jiwa...
Normah Nordin mengenepikan
yang muda kaki mengeluh tindakan bijak dan wajar - angkatan 50'han perjuangan
mereka juga menjadi ransangan saya hari ini Nisah Haron keep
going
Zurinah Hassan Trima
kasih Nisah Haron.
Ini juga motivasi buat saya. Jgn upload gambar mkanan saja.
·
Salina Sari tolong
jangan ketepikan yang muda. mereka juga perlu panduan dan bimbingan walaupun
kadang kala sikap mereka menyesakkan jiwa veteran.
·
Siti Zainon
Ismail Kami juga perlu bersahabat dgn rang muda.CNN jgsn
sembunyi di sana ! NH dll Jangan lupa dtg ke pameran " Kali ini kita
Bersama " di Morne Art Gallery pada 21 Jun depan
·
Zaiton Abu Samah Editor
pun mahu semangat macam Nisah. Terutamanya ketika menyunting manuskrip yang
membosankan serta ketika berhadapan dengan penulis yang tidak faham dengan
tugas editor.
·
Normah Nordin Nisah Haron saya
sudah mula menulis impak asakkan anda - nanti akan buat temu janji untuk
nasihat AsSalam
·
Nisah Haron Kak Salina,
motivasi itu seperti mandi. Kita mandi setiap hari untuk mendapatkan kesegaran.
Motivasi juga begitu, dosnya perlu sesuai dan mesti dapat setiap hari.
·
Nisah Haron Cikgu Normah,
ayuh kita tentukan masa dan tempat. Seronok jika dapat duduk berbincang. Di
Seremban pun boleh.
·
Nisah Haron Dr. Zurinah,
tak kisah kalau upload gambar makanan, jika disertakan maklumat yang baik
seperti nama restoran, dan tulis sedikit ulasan makanan dan tempat.
Sekurang-kurangnya, ada info bermanfaat. Kalau setakat nak beritahu satu dunia
bahawa dia sedang minum teh ais, saya tidak nampak faedahnya kepada orang lain.
·
Zaiton Abu Samah Nisah Haron...jangan
lupa tarikh 10 dan 11 Jun. Saya ada.
·
Nisah Haron Kak Zaiton,
insya-Allah, jumpa di DBP Selasa nanti.
·
Normah Nordin InSyaAllah
- jadual anda selepas 16hb Jun?
·
Nisah Haron 17
& 23, jaga periksa di UM. Hujung Minggu 21- 22 Jun ada program. Yang lain,
insya-Allah o.k.
·
Normah Nordin kalau
di Seremban saya naik komuter - jam berapa yang sesuai?
·
Nisah Haron Cikgu Normah,
saya sudah jawab di inbox.
·
Nisah Haron Bonda Siti,
terima kasih atas maklumannya.
·
Norhayati Razali Betul
Pn Nisah Haron,
ada kala kita rasa semangat jatuh merudum tetapi kita juga harus bangkit dengan
semangat mereka yang begitu tabah dan konsisten berkarya.
·
Agi Ghafar
Ibrahim Mengikut pengalamanku musuh penulis adalah dirinya
sendiri.adalah dirinya yang culas menulis.ubatnya ialah dgn membaca karya2
penulis lain termasuk biografi dan autobiografi.belajar drp penulis lain
bagaimana mereka membangunksn kreativiti diri mereka dgn kepercayaan dan
keyakinan terhadap karya mereka sendiri.
·
Agi Ghafar
Ibrahim Semua orang akan tinggalkan kita.suami isteri
kekasih ayah ibu adik beradik termasuk kereta rumah.semua akan tinggalkan
kita.namun karya kitalah saja satu2nya manusia yg akan kekal abadi dgn kita
sehingga kiamat
·
Nisah Haron Pak Agi,
memang benar sekali! Terima kasih atas semangat yang sentiasa terlihat,
walaupun kita jarang berjumpa. Ibarat sebuah rumah api, biar jauh tetapi tetap
menjadi panduan buat kami, kapal-kapal yang sesekali tersasar dipukul gelombang
perjuangan.
·
·
Zaman Shah
Saiyan Wlkmsalam Pak Agi Ghafar
Ibrahim...
·
Zurinah Hassan Semalam
saya dapat motivasi juga bila bertemu Puteri Andalas
Novelis. Dia MULA menulis ketika berusia 45 tahun.Tak kisah kalau
anda tidak menulis spt apa yang dia tulis, semangat dia tu yang penting.
·
Nisah Haron Dr Zurinah,
setuju benar. Menjadi penulis, tiada had umur untuk bermula. Tidak ada istilah
terlalu muda atau terlalu senior untuk mula menulis. Yang penting, mesti
bermula!
28 min · Tidak suka · 1
·
Zurinah Hassan Setuju.
·
Siti Zaleha M.
Hashim Terima kasih juga adinda Nisah tanpa anda sedari
anda juga pencetus inspirasi saya,
suka akan kesungguhanmu!
Mahaya Mohd
Yassin Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk
saling menginspirasikan! Kehidupan saling memerlukan; yang baik-baik sahaja
dikongsikan, yang kurang dicerna, diolah dan dipositifkan, insya-Allah.
Saya setuju sangat dengan kata-kata Pn Nisah Haron. Begitu juga saya, kalau saya mengalami kebuntuan dan semangat menulis semakin merudum, saya akan kembali membaca karya penulis lain. Boleh juga baca bahan rangsangan lain seperti catatan penulis, untuk menaikkan semangat kita untuk menulis semula.
ReplyDelete