Menulis Di Blog Bisnis



Begitulah dunia penulisan di blog, macam-macam boleh dikongsi untuk tatapan sahabat blogger lain. Bagi yang berminat muzik, mereka boleh bina blog untuk hiburan, mereka yang suka berjalan atau melancung boleh bina blog jurnal atau travelog, bagi yang berminat sastera juga boleh bina blog berkaitan dunia sastera mereka, bahkan apa sahaja perkara yang kita lakukan boleh sahaja menjadi bahan penulisan untuk diterbitkan di dalam blog yang dibina. Bahkan para guru, ustaz, ustazah, tokoh-tokoh politik, para ilmuan dan sebagainya turut mempunyai blog mereka sendiri.

Blog boleh juga digunakan untuk mempromosi bisnis yang kita ceburi. Melihat para blogger yang mewujudkan blog bisnis aku merasa teruja tentangnya. Untuk itu aku juga bina sebuah blog untuk bisnis aku dan isteriku. Waktu itu isteriku telah membuka kelas mengaji, iaitu ‘Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi’ di Pekan Kapar, kami menyewa rumah kedai untuk dijadikan kelas mengaji tersebut. Alhamdulillah, ketika itu sambutan agak memberangsangkan.

Ramailah yang belajar mengaji teknik ini, waktu itu promosi besar-besaran telah dijalankan oleh pihak Al-BAGHDADI, maka seluruh masyarakat tertarik dengan teknik mengaji cara itu. Kami mengurus pusat itu bersama-sama, isteriku sebagai pengurus utama juga tenaga pengajar di situ. Untuk memperhebatkan lagi pusat pengajian itu, aku cuba membina satu blog untuk pusat ini, sebagai memperomosi pusat pengajian itu. Aku sebagai pengendali blog tersebut, aku cuba menulis apa-apa sahaja berkaitan dengan pusat pengajian tersebut.

Adakalanya aku kongsikan gambar-gambar suasana pengajian tersebut, membuat banner promosi bagi menggalakan orang ramai menyertai pusat pengajian Al-Quran kami. Di samping itu juga, aku bina muka buku untuk pusat pengajian tersebut, itu sebagai langkah promosi tambahan bagi mewar-warkan pusat  itu. Semangat menulis di blog tersebut semakin membara, maklum blog bisnis kenalah perhebatkan tulisan promosi bisnis. Waktu itu aku lebih banyak menulis dalam bentuk benner, dengan tulisan kata-kata yang mengegarkan jiwa yang membacanya. Bahasa promosilah tu...

Begitulah dunia bisnis dan blog yang aku bina ada turun naiknya juga, semuanya bergantung kepada yang empunya diri. Kerajinan dan kesungguhan merupakan faktor kejayaan sesuatu bidang yang kita ceburi, jika kuat kesungguhannya, pasti kejayaan ada di hadapan kita. Jika sebaliknya, maka gagallah apa yang kita bina. Dari hari ke sehari pusat pengajian yang dijalankan mengalami kekurangan pelajar. Pelbagai promosi sudah dibuat, melalui blog, facebook, pengedaran flyer, gantung banner, semua sudah dilaksanakan.

Akhirnya, aku tidak lagi menulis di blog bisnis ini, aku sudah padam, apa pun pusat pengajian ini masih berjalan seperti biasa, cuma waktu ini operasinya tidak lagi di rumah kedai di Pekan Kapar, setelah berbincang dengan aku, isteriku mahu meneruskan usahanya itu dengan menggunakan dewan di kawasan  Pekan Kapar juga untuk mengajar mengaji teknik Al-Baghdadi.

Itulah pengalaman perjalanan penulisanku di blog bisnis yang aku bina...


Bersambung...

Comments

  1. Ini bisness franchise. Jika ada produk baru dari phak francisor, atau promosi besar-besaran dari franchaisor, tuan akan dapat tempiasnya, begitu juga sebaliknya.
    Peluang untuk naik memang mudah jika ada model yang bagus, tapi untuk turun juga cepat jika pihak Franchaisor tidak membuat innovasi ke atas teknik mereka untuk bersaing dengan teknik-teknik yang lain.
    Apa-apa pun tahniah diucapakn buat tuan sekeluarga kerana berani menceburkan diri ke dunia bisness.
    Syabas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya