Blog Kedua Merangsang Untuk Membaca Dan Terus Menulis
Tulisan-tulisan dalam blog JPMA |
Bila aku bercerita tentang menulis di blog, ini bermakna
ia permulaan kisah perjalananku dalam dunia penulisan, bukan kisah seorang
penulis hebat tetapi hanya penulis yang biasa-biasa sahaja, itulah yang aku
ungkapakan bila orang kata, wah!, sudah jadi penulis ya?. Penulis
kecil-kecilan, penulis nyamuk sahaja, bukan hebat mana pun. Teringat aku semasa
makan di sebuah warung di tempat tinggalku, waktu itu aku, isteri, dan anak
kecilku Nur Dania Balqis, nama yang aku abadikan dalam blog yang aku bina.
Kawan lama, kawan sekolah dulu-dulu, dia datang juga bersama
isterinya, dia juga perasan aku, aku pandang dia, dia juga pandang aku, masa
itu, dia baharu sampai dengan isteri juga dengan seorang anaknya menaiki motor,
dia mendekati aku, kami bersalaman, maklum jarang, bukan sahaja jarang memang
lama pun tidak berjumpa. Kami masing-masing bertanya khabar, tiba-tiba dia
kata, wah sudah jadi penulis...aku hanya senyum dan jawap...ala penulis blog
sahaja. Itulah kisahnya masa jumpa kawan di warung beberapa tahun yang lalu.
Mungkin kerana aku pautkan alamat blog yang aku bina di
muka buku, itu yang kawan tadi dia buka dan mungkin dia baca apa-apa yang aku
kongsikan di dalam blog tersebut. Waktu itu, bila kawan kata sudah jadi penulis,
rasa malu dan bercampur semangat, ya...semangat mahu menulis lagi di dalam
blog. Itulah adakalanya menulis ini kena ada dorongan, sokongan, pujian, dan
semangat, tanpa itu semuanya, ia akan malap, pudar, culas, dan malas. Turun
naik suhu menulis bergantung kepada daya imun diri sendiri.
Namun begitu pun aku masih bersemangat mahu membina
sebuah lagi blog, kali ini aku bina blog untuk menulis tentang hobiku, aku
sudah terfikir ketika itu untuk merakamkan, menukilkan dan seterusnya
menuliskan aktiviti hobiku waktu itu. Hobi membaca ketika itu, dan kini pun
masih membacala lagi, tidak berhenti, sedikit macamana buku yang aku baca, aku
akan baca tetap baca, kerana salah satu sumber aku untuk mendapatkan ilmu
melalui pembacaan buku. Aku mahu menulis tentang buku, dunia buku, berkongsi
buku, maklumat tentang buku, dan sebagainya, macam-macam tentang buku, kerana
ia merupakan blog berkisah tentang dunia buku.
Tujuan utamanya, aku bina blog tersebut untuk merangsang
diri sendiri untuk bersemangat membaca, membaca dan terus membaca. Juga
berkempen kepada sahabat-sahabat blogger untuk menanamkan sikap suka membaca ke
dalam diri masing-masing. Membaca di mana sahaja, ruang dan waktu yang selesa
untuk kita membaca, selalunya dalam penulisan tentang membaca ini, aku lebih
tekankan, pada kesempatan yang ada pada setiap orang. Maksud saya, membaca
selepas kita benar-benar bebas dari membuat kerja-kerja yang penting dahulu,
selesaikan semua kerja-kerja dahulu baharulah ambil ruang kesempatan untuk
membaca buku.
Maka bermulalah dunia penulisan di blog aku bertambah,
apabila terbinanya blog Jaringan Perkongsian Minda Anda, bermakna bertambahlah
aktiviti menulis aku. Terpaksalah aku tulis dua entri untuk aku kirim ke dalam
kedua-dua blog tersebut. Waktu itu jika aku rajin, kemaskini kedua-duannya,
jika tidak hanya salah satunya sahajalah aku kemaskini. Waktu itu pun turun
naik semangat dalam menulis blog
tersebut, adakalanya hingga bersawang antara blog tersebut dan kadang-kadang kedua-duanya
sekali.
Ada masa berbulan tidak kemaskini kerana dek’ rosak
komputer riba sehingga berbulan juga. Terputuslah aku, ketika itu dalam dunia
blog, memang bersawanglah, sesekali juga pergi ke ‘Cyber Cafe’ untuk kemaskini
blog, itu pun jika rajin, kalau tidak, kosonglah blog dari sebarang tulisan dan
perkongsian baharu.
Itu waktu komputer riba sakit teruklah, memang buntu
sebuntunya, bagai kehilangan nyawa kedua. Segalanya serba tak kena, banyak
peristiwa dan cerita tidak dapat ditulis dan dikongsiakan. Hilang begitu
sahaja. Namu bila pulih kembali komputer riba, semangat berputik kembali,
banyaklah yang aku kongsikan dalam blog kedua ini. Aku tulis perasaanku tentang
buku, kongsikan juga buku-buku yang aku sudah baca, aktiviti berkaitan dengan
buku, kongsikan gambar-gambar buku yang ada dalam koleksi simpananku dalam
bilik bukuku.
Menulis di blog ini menariknya ada ruangan komen, bila
tulisan kita terbit, di bahagian bawah entri kita akan ada ruangan komen, jika
ada tetamu yang datang menjenguk blog kita, bila mereka membaca entri kita,
mereka boleh tulis komen di ruangan tersebut.
Alangkah indah dan seronoknya bila pembaca membaca tulisan kita dan
memberi komen di ruangan komen tersebut, biar sekadar komen ‘saya membacanya’,
‘wah menariknya blog ini’, ‘wah! Perkongsian yang menarik’ atau sekadar komen ‘
salam ziarah’, itu pun sudah memadai rasa bersemangatnya utuk menulis, menulis
dan menulis lagi.
Blog kedua ini benar-benar merangsang aku untuk terus
menulis, menulis dan menulis lagi. Semangat itu bertambah bila pada tahun 2010,
aku menyertai kursus PROKSI 2010, kursus penulisan blog dan Twiter, anjuran
eSastera dan pejabat ADUN Batu Tiga, Yb Rodziah. Kisah ini, akan aku ceritakan
nanti dalam segmen yang lain. Insyallah, itu pun kalau aku tidak lupa. Itulah
detik bermulanya aku menulis dan berkarya di Portal eSastera.com. Waktu itu dan
sehingga kini dalam genre penulisan keratif. Terutamanya penulisan puisi.
Kembali pada kisah blog keduaku, ‘Jaringan Perkongsian
Minda Anda’, bunyinya macam gah, perkataan minda, macam hebat sahaja bunyinya.
Kalau sudah namanya jaringan, pastilah bermacam-macam tulisan yang aku
hidangkan kepada sahabat-sahabat blogger
lain. Tetapi begitulah, hanya tulisan-tulisan tentang buku sahaja yang aku
kongsikan ketika itu. Beberapa tahun juga aku tukarkan tajuk blog ini kepada ‘
Membaca Minda Segar’, pada masa itu aku hanya mahu fokus pada kisah buku
sahaja. Kini aku ubah kembali tajuk pada ‘header’ dengan ‘Jaringan Perkongsian
Minda Anda’ semula sejak beberapa bulan lalu. Itu pun agak bercelaru dan hilang
fokus, kerana aku gabungkan dengan minatku dengan sastera, dan siasah. Itu
timbulnya, Minda Sastera, Minda Siasah, dan Minda Buku, konon kisahnya mahu
tumpu pada satu blog sahaja.
Kini difikiranku, sudah ada idea untuk menukar semula
tajuk ‘header’ blog tersebut, kali ini, aku mahu fokus dalam blog tersebut
tentang buku sahaja, apa-apa cerita dan kisah aku akan cerita di blog berkaitan
sastera ini. Aku yakin kisah warna-warni kehidupan ini amat dekat dengan dunia
sastera. Sementara ini aku biarkan dahulu blog minda tersebut, aku tengah
memikirkan bahan-bahan penulisan untuk aku kongsikan nanti. Untuk aku padam
blog tersebut, aku tidak berdaya, namun hati ini masih sayangkan blog-blog yang
ada.
Ghairah berbloging hingga hilang fokus penulisan. Celaru
dan keliru akhirnya jadi buntu fikiranku...
Bersambung...
Assalamualaikum, Tuan Masshah. Satu catatan perjalanan seni yang menarik untuk dibaca sekaligus dapat mencetuskan motivasi kepada saya dan sesiapa sahaja untuk terus menulis.
ReplyDeleteWlkmsalam Cikgu, ya mudah-mudahan ada manfaatnya, Insyallah akan ada kesinambungannya nanti. Terima kasih juga keran membacanya catatan ini.
DeleteAmat tertarik dengan kisah hidup tuan. memberi inspirasi kepada saya untuk menulis.
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkunjung Tuan Usry Norie, semoga bermanfaat!
Delete