Pejam celik, pejam celik, diam tak diam, sedar tak sedar, rasanya seperti baru semalam Ramadan datang, kini tinggal beberapa hari lagi, Ramadan akan tinggalkan kita. Ditahan atau pun tidak Ramadan tetap akan pergi, ia akan datang lagi setahun dari sekarang. Ya, tinggal, ada beberapa baki hari sahaja kita bersama Ramadan. Sepuluh terakhir ini, mudah-mudahan tidak dipersia-siakan. Yang beriktikaf, teruslah beriktikaf. Semoga amalan kita terus diterima oleh Allah S.W.T, Amin Ya Rabb. Catatan ramadanku, tetap aku kongsikan biar terbitnya lambat di laman blog ini. Aku akan tetap tulis dan kongsikan, jika ada manfaatnya untuk khalayak pembaca. Catatan ini, catatan beberapa hari lepas, aku rangkumkan sekali. Kerja sif petang aku manfaatkan sebaiknya. Untuk malam-malam ke 20, 21, 22, 23, dan 24 ramadan, walaupun aku kerja sif petang, aku tetap pergi menunaikan solat terawih. Aku mengambil waktu rehat giliran ketiga, sekitar jam 8.20 atau 8.30 malam aku keluar rehat. ...