Nota Ramadan: Jumaat Ketiga 1436H



Jumaat ketiga bulan Ramadan kali ini, aku berkerja sif malam, syukur masih berpeluang untuk menunaikan solat jumaat di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Seperti biasa, khutbah pada hari tersebut dibacakan oleh Tuan Imam, Haji Surani Bin Haji Sulaiman, Imam Satu Masjid At-Taqwa.

Khutbah yang membawakan tajuk: Sempurnakanlah Ramadan Dengan Berinfaq

Aku turunkan sedikit beberapa perkara berkaitan dengan isi khutbah tersebut;

“Kita hendaklah menyucikan jiwa dan harta kita dengan menunaikan zakat dan menginfakkan harta. Ingatlah, harta yang kita miliki semuanya akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat nanti. Oleh itu, marilah kita melaksanakan perkara berikut:

1. Harta yang cukup nisab, hendaklah dikeluarkan zakatnya sama ada gaji dan pendapatan, wang simpanan, saham, pengeluaran KWSP, emas dan perak, perniagaan serta hasil sawah padi dan ternakan.

2. Pembayaran zakat fitrah dan zakat harta hendaklah di bayar kepada LZS melalui amil yang bertauliah supaya pengagihanyya dapat dibuat dengan adil dan sempurna.

3. Umat Islam hendaklah yakin dengan jaminan Allah bahawa orang yang berinfaq tidak akan mengurangkan hartanya sebaliknya dikurniakan ganjaran nikmat dan pahala oleh Allah SWT.

4. Umat Islam yang bersifat bakhil da enggan bersedekah dan membayar zakat adalah berdosa dan hartanya akan dikalungkan ke leher pemiliknya pada hari kiamat kelak untuk tontonan orang ramai.”

Sesungguhnya besar ganjarannya jika berinfaq di bulan Ramadan, sama-sama kita lipat gandakan amalan sedekah ini di bulan Ramadan seperti yang Nabi saw amalkan dalam bulan Ramadan.

Sabda Nabi saw:

“Nabi adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya AlQuran dan Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Quran. Rasulullah ketika ditemui Jibril lebih dermawan daripada angin yang berhembus”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Teks Khutbah Sepenuhnya: Khutbah Jumaat

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya