Nota Ramadan: Malam Ketujuh Belas Ramadan 1436H
Goole Image |
Hari
ini sudah 23 ramadan, cepatkan, tinggal beberapa hari sahaja bulan agung akan
meninggalkan kita, pergi buat sementara waktu, sampai masanya nanti akan datang
lagi pada tahun hadapan. Kita?, aku?, apakah masih berpeluang nanti akan ketemu
Ramadan hadapan?, hanya Allah S.W.T yang Maha Tahu.
Masing-masing
berdoalah, agar nanti dipertemukan lagi. Oh ya, Ramadan yang berbaki ini, usah
dipersia begitu sahaja, untuk aku , aku ingatkan diriku, agar jangan lalai
leka, terus pacu dan berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri.
Catatan
ini, catatan malam tujuh belas Ramadan yang lalu, apa pun aku akan terus
kongsikan, malam ini aku masih bersolat terawih di surau tempat kelahiranku,
bersama anak bujang yang setia mengikuti aku. Masih lagi ramai yang berterawih,
Cuma
aku lihat, anak-anak muda dari kariah tidak ramai, kanak-kanak sebahagiannya
masih bermain-main di luar ketika waktu solat terawih dilaksanakan, mungkin
perlu ada petugas yang memantau dari kalangan wanita, mungkin!
Seperti
biasanya, selesai solat terawih tazkirah ringkas di sampaikan oleh imam
bertugas, hari ini kebetulan malam 17ramadan, malam Nuzul Al-Quran. Ustaz
Latif, menyampaikan tazkirah ringkasnya. Kerana kesilapan aku, aku tidak
mencatat butiran tazkirahnya, aku langsung lupa apa yang diperkatakannya. Maka
tak adalah perkongsian tazkirah pada pertemuan ini. Aku gantikan beberapa
ungkapan kata mutiara dari ilmuan-ilmuan Islam yang terkemuka, untuk bahan
fikir kita bersama. Mereka memperkatakan
tentang kebesaran al-Quran.
Aku
petik nukilan di bawah dari Majalah Solusi, keluaran khas Ramadan 2015,
daripada tujuh petikan kata mutiara, aku hanya ambil empat sahaja, sebagai
renungan diri. Nah…fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
Kata-Kata Ilmuan Tentang Al-Quran
“Sesiapa yang mahukan ilmu maka
selamilah al-Quran. Dalamnya ada ilmu umat yang terdahulu dan terkemudian.”
Ibnu
Mas’d Musannaf Ibn Abi Syibah.
“Orang sebelum kamu melihat al-Quran bak
surat-surat utusan daripada Tuhan mereka. Mereka mengkajinya pada waktu malam
dan mencari-carinya(masa dan ketika untuk mengamalkan) pada waktu siang.”
Al-Hassan
bin Ali, al Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran.
“Sesungguhnya kami telah lama hidup.
Dahulu kami diberikan iman sebelum al-Quran. Maka tatkala diturunkan satu surah
kepada Muhammad, kamipun mempelajari halal-haramnya, suruhan dan tegahannya san
apa yang harus kami fikir-fikirkan.
Kini aku menyaksikan ramai yang
diberikan al-Quran sebelum iman. Dia membaca kesemua yang terkandung antara
surah pembuka hingga surah penutup, tetapi tidak tahu apa yang ada dipermulaan
kitab(al-Quran) hingga ke akhirnya. Dia tidak tahu apa yang disuruh, apa yang
ditegah dan apa yang harus dia fikir-fikirkan. Dia menghamburkan bacaan seperti
menghamburkan hampas-hampas.”
Ibn
Umar, Sunan al Baihaqi.
“Dekatilah Allah dengan apa cara yang
kamu mampu. Sesungguhnya tidak akan kamu dapati
sesuatu untukmendekati Allah yang lebih disukai-Nya daripada dengan
firman-Nya (al-Quran).”
Khabab
bin al-Arat, dalam Mustadrak al-Hakim.
Selamat
beramal disepanjang 10 malam terakhir Ramadan…, semoga Allah S.W.T membantu
kita semua.
Amin
Ya Rabb.
Comments
Post a Comment