Nota Ramadan: Malam Keenam Belas Dan Moreh Puisi Dinihari
Orang-orang
sastera meraikan Ramadan dengan pelbagai acara, selagi mana ia tidak melanggar
batas-batas syariat Islam. Ada yang membicarakan buku, berpuisi atau bersajak,
dan macam-macam lagi program yang mereka jalankan.
Ramadan
tidak menghalangi mereka untuk terus berkarya demi memartabatkan dunia sastera
tanah air kita. Baru-baru ini, aku telah menghadiri satu program sastera, yang
setiap tahun dilaksanakan, hingga kini sudah masuk tahun kesembilan.
Program
yang aku maksudkan adalah Program Moreh Puisi Dinihari. Program ini dianurkan
bersama oleh ITBM, PENA,PADAT,DBP dan WAK(Warisan Wong Kampung). Seperti biasa
program dilaksanakan di rumah Dr.Ibrahim Ghafar, di Anjung Sanggar Damai Abadi,
Jalan Iskandar Kampung Bukit Kapar.
Selesai
mengerjakan solat terawih di Surau Kiyai Jangidin, aku terus ke halaman
belakang rumah Dr.Ibrahim, sebelum sampai ke halaman rumah, aku terserempak
sasterawan Negara Dato Baha Zain, beliau seperti menunggu seseorang, aku
menegur mengucapkan salam dan bersalaman dengannya.
Selesai
di situ, aku terus meluru ke halaman tersebut. Sudah ramai orang di situ,
kelihatan para pelajar Pak Agi, agak ramai juga seperti tahun lepas. Kelihatan
Pak Zainal Abbas sedang mengambil minuman, aku menegurnya dan bersalaman, dia
mempersilakan aku untuk menikmati jamuan yang disediakan, biasalah layan diri,
kalau malu laparlah gamaknya.
Selepas
mengambil minuman, aku terus menuju ke meja yang sedang diduduki dua orang
pemuda, meminta izin untuk duduk di situ bersama mereka di bawah khemah yang
disediakan. Kami bersalaman, tanda ukhwah persaudaraan terjalin, aku terus
pergi kebahagian makanan, mencari apa-apa yang menyelerakan.
Macam-macam
menu ada, ada soto, pecal, murtabak, nasi lemak, nasi putih, dan yang paling
sepesial satay ayam serta juga kuih muih yang pelbagai. Pilih sahaja kalau mahu
makan. Ini kali kedua aku dapat menghadiri moreh puisi dinihari. Memang
seronok, dapat makan, dapat mendengar orang baca puisi. Aku suka puisi atau
sajak tapi untuk membacanya dikhalayak belum pernah lagi.
Sekitar
jam 10.40 malam, majlis dimulakan, seperti biasa ucapan Dr.Ibrahim Ghafar,
sebagai ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya, sebagai seniman, penyair, pelakon
dan apa sahajalah, menurutnya, berkarya merupakan salah satu tugas setiap
penyair. Mereka harus mempelbagaikan karya mereka untuk kebaikan orang ramai.
Untuk niat berdakwah mengikut istilah agamanya. Karya –karay murni harus
diperbanyakkan.
Pelancaran
program dan seterusnya merai tetamu kehormat yang dirai, dimulakan dengan bacaan
doa oleh Ustaz Hasal Bin Senin. Tetamu kehormat yang dirai, Dato A.Rahman
Hasan, Dr.Ghozali Malim PK dan Zam Ismail, namun beliau tidak dapat hadir
kerana sebab-sebab tertentu. Selesai doa, seperti biasa, mereka dicicipi dengan
pulut kuning.
Pelancaran
sudah selesai, seisi persembahan dimulakan. Ada persembahan baca puisi,
Cempuling, silat, nyanyian, muzik magelan yang mendamaikan dan skesta dari
pelajar UITM PUNCAK PERDANA, aku yakin semua itu anak didik Pak Agi. Pak Agi
tidak hadir…nantilah aku tulis dalam coretan yang lain.
Antara
mereka yang membaca puisi malam tersebut, Dato Baha, Bob, Encik Khir Ngadiron,
Dr.Saleeh Rahmad, Dr.Ghozali Malim PK, Ismas Saring atau Wak Saring Sirad dan
beberapa orang lagi yang saya lupa nama mereka. Apa pun persembahan mereka tetap menarik dan mantap, maklum sahaja mereka
otai-otai belaka.
Sekitar
jam satu lebih, majlis selesai, aku balik agak lambat, sekitar dua pagi, kerana
menunggu hujan reda. Nantilah aku tulis coretan yang lain dalam program moreh
puisi dinihari. Ada sesi-sesi menarik yang ingin aku kongsikan.
Oklah, aku
berhenti setakat ini, semoga kita terus beramal ibadat di bulan Ramadan agung
ini.
Amin Ya Rabb!
Comments
Post a Comment