Sajak: Lapan Atau Dua Puluh

Google Image


Solat terawih
di surau atau di masjid
berjemaah atau bersendirian
laksanakan sahaja.

Solat sunat amat digalakkan
cukup sudah diperdebat
mahu lapan rakaat
atau dua puluh rakaat terserah
usah berbalah bertelagah.

Ia bukan untuk disusah-susahkan
ia hadiah bernilai di bulan Ramadan
ia sebuah pelayaran menuju ketaqwaan
ia bekalan untuk akhir perjalanan kehidupan

Indahnya malam Ramadan
solat terawih tidak dapat dipisahkan.

Masshah
2072015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya