Nota Ramadan: Malam Kesepuluh Dan Kesebelas Ramadan 1436H
Jaga percakapan kita |
Minggu
ini aku masih bersolat terawih di Surau Darul Aman, kerja sif pagi banyak masa
terluang untuk aku melakukan perkara yang bermanfaat, lebih-lebih lagi dalam
bulan Ramadan. Malam kesepuluh dan kesembilan Ramadan aku masih bersolat
terawih seperti biasa di Surau Darul Aman, anak bujangku masih setia mahu
mengikuti ke surau, semoga anakku akan menjadi anak yang soleh, itu impian
setiap ibu bapa yang punyai anak-anak.
Malam
kesepuluh dan kesembilan seperti biasa, solat terawih lapan rakaat, untuk malam
yang kesepuluh tazkirah disampaikan oleh Ustaz Yazid, manakala malam kesebelas
tiada apa-apa pengisian, kerana Ustaz Yazid berada diluar kawasan. Habis solat
terawih terus solat witir. Rasa kosong pula untuk hari kesebelas, kerana
tazkirah tidak ada. Aku kongsikan catatan serba sedikit tazkirah ringkas yang
disampaikan oleh Ustaz Yazid pada malam kesepuluh,
Tazkirah
Ringkas: Jaga Akidah
Dalam
bulan puasa akidah kena jaga sungguh-sungguh. Ia penting, merupakan pokok ,pegangan, keyakinan yang sedikit pun
tidak boleh dicalarkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkannya.
Menurutnya,
akidah ini perkara penting yang bukan boleh dibuat main-main. Salah satu
perkara yang membolehkan terjejas atau rosaknya akidah kita adalah dengan
mulut, yakni melalui kata-kata yang dituturkan oleh kita.
Beliau
memberi contoh, melalui kata-kata yang boleh merosakan akidah;
“Kalau
aku tak tanam pokok durian ini dulu, semua takkan merasa durian ini”
Cakap-cakap
macam ini, menurutnya boleh menjejaskan akidah seseorang, ini disebabkan
kata-kata yang tidak bersandar kepada yang mencipta pokok tersebut, seolah-olah
ia hasil usahanya sendiri tanpa ada kuasa yang Maha Hebat yang mengizinkan
pokok durian tersebut menjadi dan berbuah dengan baik.
Beliau
juga memberikan contoh-contoh lain, yang mana semua itu boleh merosakkan akidah
kita. Oleh itu, jagalah pertuturan kita dan tindak tanduk kita agar tidak
sampai merosakkan akidah kita. Mohon dihindari kepada semua.
Amin
Ya Rabb!.
Comments
Post a Comment