Nota Ramadan: Jumaat Keempat Ramadan 1436H
Ramadan semakin kepenghujung, namun umat Islam tetap masih bersemangat meraikan dan mengimarahkan Ramadan di mana-mana. Surau dan masjid masih menjadi distinasi utama, biarpun dalam masa yang sama, ada dikalangan umat Islam sudah berpusu-pusu ke distinasi jualan hari raya.
Mereka semakin sibuk dengan persiapan hari raya yang
bakal tiba. Sedang Ramadan belum lagi meninggalkan kita. Allahuakbar…tetapkanlah
aku bersama Ramadan hingga akhir nanti…kuatkanlah aku Ya Rabb…!
Minggu ini aku kerja sif malam, minggu keempat jumaat
dalam bulan Ramadan. Hari ini seperti biasa aku bersolat jumaat di Masjid
At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Hari ini aku pergi agak awal, seusai mengambil
anak-anak dari sekolah, aku titipkan ke rumah emak.
Sementara menunggu ibunya
pulang dari balik mengajar. Aku terus pergi ke masjid tanpa membuang masa. Seperti
biasa khutbah pada hari ini membawakan tajuk yang agak menarik tentang al-Quran,
tajuk khutbah ‘Bermesra Dengan Al-Quran’.
Ramadan bulan membaca, membaca al-Quran, ramai orang
bertadarus quran. Sama ada berkumpulan atau pun secara individu. Tahniah yang
sudah dapat menamatkan bacaan quran pada Ramadan ini. Aku tertarik dengan
teguran khatib berkaitan dengan bertadarus, aku coretkan sebahagian khutbah
tersebut di bawah ini;
“Namun mimbar mengingatkan
agar amalan membaca dan bertadarus
al-Quran
ini tidak dilakukan secara terburu-buru dan terlalu laju sehingga
menjejaskan
hukum-hukum tajwidnya. Sebaliknya membaca al-Quran
mengikut
erti kata yang sebenarnya iaitu secara :
1. Tartil
Iaitu
membaca al-Quran dengan baik dan kelajuan yang sederhana
dengan
mengikut kaedah ilmu tajwid.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Muzammil ayat 4:
“Dan
bacalah Al-Quran Dengan "Tartil”.
2. Tadabbur
Iaitu
membaca al-Quran dengan mengambil perhatian kepada
maksud
dan kehendak ayat yang dibaca.
Firman
Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 82:
“Patutkah
mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi
Al-Quran?”…
3. Tafakkur
Iaitu
membaca al-Quran dengan fikiran yang tenang dan
memikirkan
tentang keagungan Allah serta berfikir untuk merealisasikan
kehendak
ayat tersebut.
Firman
Allah SWT dalam surah Yunus ayat 24:
“Demikianlah
Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu
persatu
bagi kaum Yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar
daripadanya)”.
4. Ta’amul
Iaitu
membaca dengan mengamalkan hukum-hukum tajwid dalam
tilawah
dan ajaran al-Quran serta menghayatinya.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Insan ayat 29
“Sesungguhnya
(segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi
peringatan;
maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia
mengambil
jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman
dan
taat)”.
Untuk pengisian penuh teks khutbah tersebut, aku sertakan alamat portal khutbah tersebut. Semoga ada manfaatnya. Agar quran terus menjadi teman paling mesra buat kita semua. Moga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.
Amin
Ya Rabb!
Comments
Post a Comment