Nota Ramadan: Malam Kedua Belas Dan Malam Ketiga Belas Ramadan 1436H
Google Image |
Ramadan
minggu ini sudah masuk ke fasa kedua, fasa pengampunan, selesai sudah fasa
rahmat, apakah aku masih berpeluang terus di dalam Ramadan. Aku berdoa agar
terus diberi peluang untuk terus mengimarahkan Ramadan.
Biarlah
Ramadan kali ini, Ramadan yang baik dan terbaik buat diri ini, Amin Ya Rabb…,
catatan ini adalah catatan yang tertangguh, apa pun, aku akan terus mencatat
detik-detik ramadanku pada tahun ini. Selama mana aku mampu, selagi itulah aku
mahu merakamkan detik Ramadan yang aku lalui.
Minggu
ini aku kerja sif malam, masa yang panjang, aku manfaatkan dengan pelbagai
perkara, salah satunya menulis, ya menulis catatan ini, itu pun jika tidak
culas dan malas.
Malam
kedua belas dan ketiga belas seperti biasa, aku bersolat terawih di Surau
tempat kelahiranku, sudah banyak perubahan, penduduknya juga sudah ramai,
wujudnya taman-taman perumahan, membuatkan aku ramai yang tidak kenal
orang-orangnya. Apa pun itu bukan masalahnya.
Seperti
biasa, mala mini aku berterawi di sini bersama anak bujangku, Muhammad Anas,
dia masih setia mahu mengikuti aku, syukur mahu ikut aku, biar dia Nampak situasi
surau bagaimana, Mudah-mudahan terus tertarik hatinya untuk mengikuti aku lagi.
Macam
biasa, selepas lapan rakaat solat terawih, tazkirah ringkas oleh Tuan Imam,
Ustaz Yazid. Aku tak sabar menunggu tazkirah ringkas dan santai yang
disampaikannya. Aku kongsikan tazkirah ringkas untuk malam kedua belas, untuk
tazkirah malam ketiga belas,aku lupa apa pengisian tazkirah tersebut…alahai…,
butir-butir tazkirah ringkas malam kedua belas yang aku ingat di bawah.
Tazkirah
Ringkas: Jaga Solat
Solat
merupakan perkara penting mesti ditunaikan bila sudah sampai waktunya, usah
dilengah-lengah. Dalam bulan puasa, ramai yang sanggup berpuasa, tahan lapar
dan dahaga, namun solat terus diabaikan, seolah bagai tidak ada apa-apa. Jangan
jadikan ibadah puasa kita tidak ada apa-apa nilai, disebabkan meninggalkan
solat yang wajib.
Solat
merupakan soalan utama yang akan disoal nanti, beliau memetik sebuah hadis;
Dari
Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya
amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya
ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung
dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan
rugilah dia".
Menurutnya,
perbaikilah solat kita, kerana ia bakal menjadi persoalan di akhirat nanti. Segala
perkara-perkara yang wajib dan sunat dalam solat harus diteliti, cara solat
kita bagaimana?, sujud kita, rukuk kita, bacaan solat kita dan yang
lain-lainnya, apakah kita faham maksud bacaan solat?. Ya itu semua harus dan
mesti diteliti dengan sebaiknya.
Ambil
kesempatan dibulan Ramadan untuk membanyakkan solat sunat, selain solat sunat
terawih dan sunat witir. Berjemaah di surau-surau atau di masjid-masjid yang
berdekatan, agar lebih mendekatkan diri kita di sisi Allah S.W.T.
Semoga
diriku mengambil ibrah dari tazkirah ringkas tersebut, Ya Rabb…Terimalah amal
ibadah dan solatku Ya Rabb…!
Amin
Ya Rabb!
Comments
Post a Comment