Nota Ramadan: Mewahnya Kita

Google Image

Allahuakbar…Maha Besarnya Allah, Maha Hebat, Maha Perkasa, Hanya Dialah Yang Memberikan Segalanya kepada kita. Banyaknya nikmat Allah S.W.T berikan kepada kita. Jika kita mahu hitung tak terhitung segala nikmat-Nya.

Nikmat aman damai yang kita nikmati sekarang di Malaysia, adalah anugerah-Nya, wajib disyukuri. Bulan Ramadan di Malaysia bagaikan satu pesta, pesta makanan. Di seluruh tanah air begitulah keadaannya, dari Sabah, Sarawak hinggalah ke selatan Negeri Johor. Di mana-mana, mercup bagai cendawan, apa yang dikatakan bazar Ramadan ini.

Salahkah kewujudannya?. Catatan ini bukan untuk menyatakan salah atau pun tidak wujudnya bazar Ramadan ini. Sekadar mahu berkongsi rasa hati, tentang betapa bertuah dan mewahnya kita, terutamnya berkaitan makanan dan minuman. Ramadan bulan agung bulan mulia, bulan suci, bulan barokah dan banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan kemuliaan Ramadan ini.

Bulan Ramadan bulan rezeki, bagi para peniaga, ia merupakan bulan yang boleh mendatangkan sumber rezeki. Ya, rezeki itu di mana-mana pun, jika tidak di bulan Ramadan pun luar Ramadan pun ada juga rezeki. Namun kesempatan yang ada di bulan Ramadan ini, para peniaga mengambil peluang untuk mencari rezeki lebih.

Jika kita melihat di bazar-bazar Ramadan di mana sekali pun, banyak sekali jualan kuih-muih, lauk pauk dan pelbagai jenis minum-minuman yang mengoda nafsu kita. Terlalu mewahnya kita dengan makanan, betul tak. Jika tidak dikawal cara pembelian kita, sebagai pembeli tentu sahaja rambang mata mahu membelinya. Macam-macam kuih-muih, lauk-pauk dan minuman yang tentunya menarik minat kita.

Sewajarnya kita perlu bijak sebagai pembeli, biar pun kita sebagai suri rumah, tidak berkesempatan untuk membuat juadah berbuka sendiri kerana dek kerjaya yang membuatkan kita tidak berkesempatan membuatnya. Balik lambat, jem pula…apa pun kebijaksanaan sebagai pembeli mesti ada dalam diri kita. Jangan membazir, jika kita tidak mahu dikatakan bersaudara dengan saiton.

Berpada-padalah ketika berbelanja di bazar Ramadan, belilah sekadar keperluan dan bergantung kepada bilangan keluarga kita. Jangan sampai terbuang makanan yang berlebihan. Kita perlu mengingatkan diri kita sendiri, ingat saudara-saudara seIslam kita yang tidak berkemampuan berbelanja untuk menikmati juadah berbuka puasa seperti kita. Saudara kita, di medan pertempuran, kanan kiri, depan belakang dan disetiap penjuru dentuman bom dan tembakan tak pernah berhenti seperti di Palestin, Iraq, Mesir, Syria, dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya ia sangat menginsafkan, jadi usahlah kita membazir begitu sahaja. Ingatan ini, untuk diri sendiri yang kadangkala berbelanja di bazar Ramadan. Semoga amal ibadah kita terus dilipatgandakan dan akan sentiasa berdoa kepada-Nya, agar Ramadan ini merupakan Ramadan yang terbaik untuk tahun ini.


Amin Ya Rabb!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya