Nota Ramadan: Malam Keempat Belas Dan Kelima Belas Ramadan 1436H




Ramadan…ramadan…ramadan di hati…, lagu yang didendangkan oleh Maher Zain sangat sayu sekali, cepatnya masa berlalu, Ramadan akan meninggalkan kita tidak beberapa lama lagi, mengimbau detik kehadiranya sungguh mengujakan detik itu…kini, diam tak diam semakin ke penghujung, Allahuakbar, bagaimanalah Allah melihat dan menilai ibadah puasa ku dan ibadah-ibadah yang lain sepanjang Ramadan ini…Allah Ya Allah…terimalah amalan ibadah puasa disepanjang Ramadan ini…

Itulah harapan ku dan aku yakin harapan semua orang, apa pun baki-baki yang ada ini usahlah dipesia-siakan, terus pacu dengan laju, terus bersemangat, Ramadan tetap di hati kita. Aku masih mahu berkongsi catatan Ramadan untuk harai-hari yang lalu. Syukur, dalam tempoh waktu-waktu tersebut masih berpeluang dan diizinkan kaki ini untuk terus melangkah menuju ke rumah-Nya, aku masih setia menunaikan solat terawih di Surau Darul Aman. Untuk malam keempat belas dan kelima belas, aku masih bersolat terawih di sini.

Masing-masing masih istiqamah terus bersolat terawih, biar kelihatannya saf, sudah berkurang, itu pandangan biasa, di mana-mana pun begitu, makin ke penghujung makin berkurangan. Sepatutnya, makin ke penghujung makin ghairah ramai-ramai datang ke surau atau masjid, tetapi sebaliknya pula.  Allahuakbar…janganlah KAU masukkan aku dalam golongan yang rugi dan kerugian, Amin Ya Rabb!,. Seperti malam-malam yang lalu, selepas solat terawih  tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Yazid.

Macam biasalah, aku kongsikan sedikit pengisian dari tazkirah tersebut, aku kongsikan tazkirah untuk malam keempat belas.

Tazkirah Ringkas: Mengingati Allah Dan Istighfar

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu

(QS. Al Baqarah: 152). 

Dengan memetik surah tersebut, Ustaz Yazid mengingatkan para Jemaah agar memperbanyakkan zikir kepada-Nya, agar hati kita sentiasa ingat pada-Nya. Walau di mana berada pun, usah sesekali melupakan Allah S.W.T, kerana-Nya kita sebagai manusia masih bisa menikmati segala pemberian-Nya yang amat banyak. Jangan menjadi orang yang lupa diri!

Mengingati Allah S.W.T melalui zikir, bukan hanya di tikar sejadah semata-mata, di mana pun kita berada, zikir boleh dilafazkan, bahkan di bilik air sekali pun, menurutnya. Sewaktu bekerja, sedang memandu, ketika menyapu sampah, sedang memasak dan macam-macam lagi. Hati kita terus berzikir, ingat sama yang banyak memberikan nikmat kepada kita.

Jangan lupa juga banyakan bertaubat dengan memperbanyakkan lafaz istighfar. Kita ini hamba Allah S.W.T yang banyak melakukan dosa, dosa kecil mahu pun dosa besar. Jika dosa-dosa kecil, kita boleh hapuskannya dengan memperbanyakkan istighfar, manakala dosa-dosa besar kita kena wajib bertaubat sungguh-sungguh mengikut syarat-syaratnya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhanmu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.”

(At-Tahrim: 8).

Menurutnya, Nabi saw juga beristighfar setiap hari, Nabi yang maksum pun bertaubat pada Allah S.W.T setiap hari, kita yang selalu membuat dosa, takkanlah tidak mahu bertaubat, sombongnyalah kita ini. Seolah sudah dijamin syurga pula kita ini.

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.”

(HR. Muslim).

Mudah-mudahan ingatan ini, akan sentiasa subur di hatiku…Maafkanlah hamba yang sentiasa berdoasa pada-Mu Rabb…


Amin Ya Rabb!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya