Catatan Ringkas Syawal 1436H/2015M (1)
Syawal Pertama: 1
Syawal 1436H/17HB 07 2015M
Sebelah
pagi, seusai mandi sunat ei’dulfitri aku bersiap-siap berpakaian untuk pergi ke
Surau, menunaikan solat sunat ei’dulfitri, aku pergi dengan anak bujangku,
Muhammad Anas, sebelum itu singgah rumah emak dan bapak, ambil mereka untuk
sama-sama perg ke surau. Pada tahun ini, aku solat di Surau Darul Aman.
Oleh
kerana Hari Raya tahun ini jatuh pada hari jumaat, solat sunat ei’dulfitri
tahun ini dipercepatkan, sekitar jam 8:15 pagi. Selesai solat ei’dulfitri,
khutbah disampaikan oleh Ustaz Yazid, tanpa menggunakan teks, seperti biasa.
Aku
lebih suka khutbah yang tidak menggunakan teks khutbah yang disediakan, ia
lebih ‘real’, ia tidak bergantung dengan teks, khatib boleh sahaja cakap,
menegur apa yang berlaku di kariah masing-masing, bagi aku itulah yang
sewajarnya.
Banyak
teguran-teguran membina yang disampaikan dalam khutbah yang disampaikannya. Walaupun
khutbah tidak sampai 15 minit, namun ia tetap memberi input yang sangat banyak
buat para Jemaah.
Beberapa
perkara yang disampaikan dalam khutbahnya, yang aku masih ingat;
1) Meneruskan
segala amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan, lakukanya di luar Ramadan.
2) Hari
raya, haruslah disambut dengan kesyukuran, ingat Allah S.W.T
sebanyak-banyaknya, dengan kurniaan-Nya kita dapat meraikan hari yang indah
ini.
3) Usah
dicemari dengan perkara-perkara lagha yang sia-sia, banyakkan takbir, tahlil
dan tahmid.
4) Berziarah
ke rumah sahabat, saudara-mara, merapatkan silaturahmi.
5) Usah
dicemari berziarah dengan asyik dengan bergajet, telefon bimbit, ipad,iphone
dan segala macam kemudahan telefon mudah alih dengan bermacam perisian seperti
wattsapp, We Chat, Muka Buku dan lain-lain perkara.
6)Perkara-perkara
lain lagi yang tak ingat dalam minda ini…he…he…
Selesai
khutbah seperti biasa, bersalam-salaman dan selesai sahaja bersalaman, jamuan
makanan yang dibawa oleh Jemaah dari rumah masing-masing. Aku tak sempat
bersalaman dan menjamu selera seperti biasa.
Ziarah Syawal Pertama
Sebelah Pagi:
Kami
terus ke rumah emak dan bapak, masing-masing sudah di sana, cadangan ziarah
hari ini, rumah-rumah kakak di belakang rumah emak, memandangkan masa pendek,
mahu solat jumaat, kami hanya beraya rumah adik beradik yang berdekatan sahaja.
Selesai bersalaman dan bermaafan serta bergambar, kami terus ziarah ke rumah
kakak-kakak yang berhampiran.
Berganbar sebelum ke rumah emak dan bapak |
Di rumah emak dan bapak |
Ziarah Rumah Kak Mesnah |
Ziarah Rumah Kak Junaini |
Ziarah Rumah Kak Julaiha |
Cukuplah
untuk pagi hingga tengahari ini, petang selepas solat jumaat, kami berjanji
mahu beraya lagi.
Comments
Post a Comment