Monolog: Keselesaan Berkarya

Beberapa hari yang lalu aku bebelkan tentang had umu dan tip penulisan, tentu kau setuju dengan ingatan aku itu. Harap-harap kau tidak jemu mendengar dan membaca bebelanku ini. Kalau aku lapang da nada masa, baru aku menulis kalau tidak, tunggu lama sedikit kau mahu membaca bebelanku ini. Maaf, puasa-puasa pun mahu membebel. Aku tak kesah kau mahu baca atau tidak tulisanku ini, tapi aku yakin kau mesti baca tulisanku ini. Kau kan’ mahu menjadi seorang penulis, seorang penulis mesti kuat membaca, membaca dan membaca. Ingat lagi kan pesanan A.Samad Said itu. Tak perlulah aku ulang lagi di sini, aku yakin kau sudah hafal dan cuba kau praktiskan tip itu. Kau juga sudah baca buku tulisan A. Ubaidullah Alias dalam bukunya yang bertajuk Ingin Menjadi Penulis?, dalam bab Kamar dan Komputer. Dua perkara asas ini perlu untuk seseorang penulis, nampaknya kau cuba praktiskan. Baguslah!. Sebuah Meja Tulis Aku lihat di rumah kau, kau sedikan sebuah bilik untuk kau berkarya, ...