Nota Ramadan: Jumaat Pertama Ramadan 1436H/2015M





Alhamdulillah, dengan izin-Nya masih bisa aku dipertemukan dengan sahabat-sahabat di alam maya ini, tidak melihat wajah tetapi hanya nukilan ini bisa dibaca, terima kasih sudi berkunjung ke teratak hamba yang daif ini.

Sudilah apa kiranya, membaca secebis kisahku di Ramadan agung ini. Jika ada manfaat, ambilah ibrahnya. Sudah dua hari kita berpuasa, jumaat pertama di bulan agung ini. Semua tahu, jumaat merupakan penghulu segala hari@Sayidul ayamm.

Oh ya, Ramadan kali ini, kita akan melewati lima kali jumaat, syukur Alhamdulillah. Jumaat indah di bulan agung, kita manfaati dengan amal ibadah berterusan. Lebih-lebih lagi di langit Ramadan yang menjanjikan beribu hikmah dan barokahnya. Bagi yang lelaki diwajibkan menunaikan solat jumaat di masjid-masjid. Jangan tidak ditunaikan kecuali benar-benar di dalam keuzuran.

Jumaat pertama dalam bulan Ramadan kali ini, di masjid tempat tinggalku, Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar, seperti biasa meriah dan imarah. Masing-masing ada yang datang awal, merebut pahala sunat dan sunnah. Apa pun semua bergantung kepada masa yang kita miliki, bagi yang bekerja, mungkin ada yang lambat dan sebaliknya. Apa pun kewajipan tetap ditunaikan.

Khutbah, pada hari ini berkaitan dengan ibadah puasa dengan mengupas Hikmah  disebalik lapar dan dahaga. Aku petik sebahagian isi khutbah tersebut dalam nukilan hari ini, mungkin ada manfaatnya;

"Berdasarkan keterangan yang dinyatakan, terdapat banyak hikmah di
sebalik lapar dan dahaga. Oleh itu, marilah kita berazam meningkatkan
kualiti puasa kita supaya kita mendapat manfaat dari kelebihan ibadat
tersebut. Antaranya :

1. Kita hendaklah berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, supaya kita
bukan sahaja mendapat beberapa hikmat di sebalik lapar dan dahaga,
tetapi kita dapat melaksanakan ibadat yang diwajibkan Allah.

2. Ketua keluarga hendaklah membimbing anak-anak mereka berpuasa,
solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, memperbanyakkan sedekah
dalam bulan yang diberkati ini.

3. Pengusaha-pengusaha restoran atau kedai makan dapat kiranya
memberi kerjasama mematuhi peraturan yang ditentukan oleh pihak
berkuasa agama mengenai etika berniaga dalam bulan Ramadan.

4. Kita hendaklah memperbanyakkan berdoa memohon keredaan Allah
SWT dalam bulan Ramadan ini. Antara doa tersebut iaitu :


Untuk khutbah sepenuhnya, bolehlah dirujuk ke Laman Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor, di bawah halaman e-Masjid, boleh di klik di sini;


Semoga ibadah puasa dan amalan baik kita di bulan agung ini diterima oleh Allah S.W.T.

Amin Ya Rabb…!.


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya