Nostalgia Dulu-Dulu: Cuti Sekolah Musim Bermain

google image

Dulu bila cuti sekolah, ada sahaja permainan yang mahu dimainkan, macam-macam permainan boleh dilakukan. Seronoknya bermain sebab jumpa kawan-kawan.  Sesekali ada juga bergaduh, berselisih faham, aran-aranan (ejek-mengejek), Wadon-wadonan ( sama dengan aran-aranan) dan macam-macam lagi. Biar pun begitu, ia tidak lama, boleh lagi bermain semula pada keesokannya. Bak kata, cuti sekolah dulu-dulu membuatkan kita aktif dan produktif...ha...ha...ha.

Macam-macam jenis permainan boleh dilakukan dan dimainkan, di bawah ini antara beberapa permainan yang dulu-dulu pernah main dan sekarang jarang mahu jumpa budak-budak sekarang main. Bukan jarang-jarang lagi dah, bahkan susah mahu tengok, khususnya di gugusan kampung tempat tinggal. Antara permainannya;

1) Main Guli
2) Main Gelang Getah
3) Main Tutup Oren
4) Main Daun Terup
5) Main Polis Entry
6) Main Baling Selipar
7) Main Kunda Kunde
8) Main Ondlop
9) Main Pondok-Pondok
10) Main Teng-Teng
11) Main Rakit (Mandi Parit)
12) Main Roundes
13) Main Der-Der Ran
14) Main Layang-Layang
15) Main Zero Fine (Perempuan)
16) Main Lastrik
17) Main Eng-Grang (Kayu Panjang)
18) Main Nyorok-Nyorok
19) Main Gasing atau panggal
20) Main Cam-Cam Plet
21) Main Seremban
22) Main Congkak (Buah Biji Getah)
23) Jerat Ayam Alasan (Ayam Hutan)

Ya, di atas merupakan permainan dulu-dulu, yang sekarang amat susah nampak budak-budak sekarang main. Buat pengetahuan generasi Y dan Z, yang tidak pernah merasai malah menikmati permainan tersebut dan merasa pelik dengan nama-nama permainan tersebut, tanyalah ayah ibu yang pernah berpengalaman bermain permainan tersebut. Mereka pasti punyai nostalgia tersendiri.

Bezanya, cuti sekolah sekarang dengan cuti sekolah dulu-dulu, cuba kenang-kenang bila duduk-duduk bersendirian, mesti ada yang tersenyum. Seronok bukan?. Sekarang hanya tinggal nostalgia. Seringkali aku mahu menulis semula nostalgia lama ini, namun asyik tiada kesempatan sahaja, sekurang-kurangnya bila ditulis lagi nostalgia ini, ia akan dapat di nikmati oleh generasi kini yang tidak pernah pun melihat dan merasai permainan tersebut.

Insyallah, dikesempatan yang ada, aku akan menukilkan semula, apa yang masih terbuku diingatan ini, itu pun jika ada waktu untuk aku menuliskannya. Doakanlah aku agar dapat menuliskan nostalgia lama ini untuk tatapan generasi kini. Maklum, generasi kini sudah kehadapan, kehidupannya berbeza dengan yang dulu. Kini era teknologi, era internet, era langit terbuka dan seumpamanya. Emak ayah mereka pun turut canggih, pagi petang siang malam terus bermanja dengan telefon bimbit yang dimanjai, sukar untuk dilepaskan.

Era teknologi, anak-anak semakin bijak, mereka turut mahir menggunakan telefon bimbit, Ipad, Tab, Iphone, dan segala macam gadjet yang ada. Malah ada anak-anak yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Canggihnya anak-anak sekarang ya!. Dulu-dulu mana ada itu semua, itu dululah...sekarang zaman sudah canggih, semua tekan di hujung jari, semua boleh diselesaikan. Langit terbuka katakan...

Berbalik kepada permainan dulu-dulu, bila musim cuti persekolahan, senarai di atas hanya sebahagian permainan yang pernah dimainkan, mungkin ada yang terlepas pandang dan mungkin aku lupa, jika ada sesiapa yang membaca, ada ingat lagi, minta tuliskan di bahagian komen. Tulisan ini bertujuan untuk dokumentasi untuk penulisan nostalgia, itu pun jika berkesempatan untuk menyiapkannya. Kalau tidak siap, kamu sahajalah yang menyambung penulisan ini...ha...ha...ha.

Siapa yang tidak suka cuti sekolah, itulah yang ditunggu-tunggu, belum waktu cuti sekolah, ada yang sudah cuti dulu, rasa-rasanya tabiat ini, bukan dulu sahaja ada, sehingga sekarang pun begitu, biasanya cuti sekolah hujung tahun, dengan alasan, sudah habis belajar, datang sekolah pun tidak buat apa pun. Itu alasan sebenarnya. Sepatutnya datang sekolah juga, itu pun jika pentingkan jumlah kedatangan. Itu terpulang pada masing-masing, sepatutnya guru dan ibu bapa lebih bertegas tentang perihal tersebut.

Apa pun cuti sekolah memang seronok dan menyeronokkan, baik cuti sekolah pendek dan cuti sekolah panjang. Bak kata, padat dengan jadual, jadual permainan...ha3, asyik main-main sahaja. Itu kadang-kadang emak bapa, membebel, sampai tengah hari baru balik, mahu ke maghrib baru pulang, itu disebabkan mainlah. Main gulilah, main gelang getahlah, main nyorok-nyoroklah dan macam-macam lagi. Semuanya main...sekarang?. Apa sekarang budak-budak main?. Tak nampak pun main apa?. Main game, main telefon bimbit dan gadjet lain...entahlah...

Dulu-dulu bila main satu-satu permainan ada tempatnya, ada potnya, ada kawasannya, ada paritnya (ini kalau mandi parit buat rakit), dan rumah siapa akan menjadi tempat untuk bermain. Ya, ini nostalgia...sewaktu aku menulis, tergambar nostalgia lama. Biasanya waktu itu, laman rumah aku, laman rumah sepupu (Hisammuddin), Rumah Wak Marzuki (rumah Wak Buang) dan yang lain-lain. Inilah tempat atau kawasan kami bermain, aku dan kawan-kawan kampung bermain bila musim cuti persekolahan.

Semuanya indah dan menyeronokkan, Insy'Allah ada masa nanti, aku akan sambung penulisan nostalgia ini....


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya