Nota Ramadan: Kecemerlangan Anak-Anak
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah S.W.T, yang melimpahkan nikmat yang amat banyaknya,
hingga tidak terhitung jika kita mahu menghitungnya. Salam selawat ke atas
Junjungan Mulia Nabi saw, keluarga, para sahabat dan seluruh umat Islam.
Ramadan indah terus bersinar dengan cahaya terang benderang.
Beruntunglah
kepada sesiapa yang terus memanfaatkan kebesaran bulan agung ini. Semoga diri
ini juga termasuk dikalangan orang yang beruntung, tidak mensia-siakan
kehadiran Ramadan.
Walaupun
berpuasa disiang harinya kita tetap melakukan aktiviti harian, yang berkerja
akan tetap berkerja, melakukan kerja atau yang seumpamanya, bukan alasan untuk
tidak berpuasa, kecualilah mereka yang benar-benar uzur tidak mampu berpuasa,
dengan izin syariat.
Aku yang
segar bugar, sihat sejahtera takkan tidak berpuasa pula, begitu dengan sahabat
semua. Bukan alasannya tidak berpuasa. Puasa tetap berpuasa kerana ia kewajiban
yang mesti ditunaikan.
Firman Allah S.W.T;
"Dan kalau kalian puasa itu lebih baik bagi kalian kalau kalian mengetahui."
(Al-Baqarah:184)
Firman Allah S.W.T;
"Dan kalau kalian puasa itu lebih baik bagi kalian kalau kalian mengetahui."
(Al-Baqarah:184)
Kecemerlangan Anak-Anak
Aktiviti
hari kedua berpuasa, hari ini, ke sekolah tempat kedua anakku bersekolah.
Tujuan ke sana untuk menandatangani laporan rekod kad, keputusan peperiksaan
penggal kedua. Mereka berdua bersekolah di tempat yang sama, maka mudahlah
untuk aku. Satu tempat, satu jalan, senang.
Sekitar
jam sepuluh lebih, aku ke sekolah,nampaknya tinggal beberapa pelajar sahaja.
Biasanya ibu bapa yang datang menandatangani rekod kad, akan terus diizinkan
mengambil anaknya pulang. Teringat semasa aku darjah satu dulu, semasa bapak datang.
Kedatangan ibu bapa memang amat digalakan oleh pihak sekolah.
Mereka
akan memberitauh prestasi murid-murid dan lain-lain perkara. Bagi aku, baguslah
ia terus dilaksanakan, ia akan mengeratkan antara guru, murid dan ibu bapa.
Syukur, sampai sekarang perkara ini masih terus diamalkan.
Guru
kelas anakku menunjukkan laporan prestasi anakku yang pertama, Nur Dania Balqis,
aku perhati satu demi satu keputusan yang diperolehi. Terima kasih kepada guru
yang mengajar dan mendidik anakku, tanpa mereka dan pengorbanan guru-guru, mana
mungkin anak-anak kita boleh beroleh kepandaian dan kecemerlangan.
Tahniah
kepada anakku Nur Dania Balqis, kerana menduduki tempat pertama dalam kelas
dari 25 murid. Semoga kecemerlangan yang diperolehi akan memberi suntikan
semangat kepadanya, untuk terus cemerlang di masa hadapan. Selepasa mengucapkan
terima kasih kepada guru kelas anakku, aku terus ke bilik kelas sebelah, untuk
bertemu guru kelas anak yang kedua, Muhammad Anas.
Keputusan
Muhammad Anas juga tidak menghampakan, aku perhati satu persatu laporan rekod
kad. Kata guru kelasnya, Muhammad Anas seorang pemalu, tidak banyak bercakap,
bila dengan kawan-kawan baru nampak aktif bercakap. Aku teringatkan diriku pada
masa lalu, aku juga seorang yang pemalu dan pendiam bila di dalam kelas…kik3,
rupanya diwarisi sikapku kepada anakku yang kedua ini. Selepas mengucapkan
terima kasih kepada guru kelas, kami terus pulang ke rumah.
Dalam
hati hanya mengucapkan kesyukuran tak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Hebat,
harapanku semoga anak-anakku semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Bukan setakat pandai dalam akdemik tetapi lebih dari itu, pandai agama dan
mengamalkannya nanti…Amin Ya Rabb…!.
Aku
teringat sebuah maksud hadis;
“Anak-anak
ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka, sama ada nasrani,
yahudi atau majusi…”
Ya,
aku berjanji dengan diriku, di bulan yang agung ini, aku akan mendidik
anak-anakku dengan sebaik-baiknya. Agama akan memandu kehidupan mereka pada
masa akan datang. Itu semua terpikul dipundak aku sebagai ketua keluarga.
“Ya
Rabb…bantulah hamba yang lemah ini dalam mengharungi kehidupan, dalam mendidik
anak-anakku, agar redo dan rahmat-Mu sentiasa di sisiku…”, bisik hatiku berdoa.
Dan,
semoga firman Allah S.W.T di bawah akan mengingatkan aku tentang peri
pentingnya aku dalam mendidik ahli keluargaku, agar terhindar dari bakaran api
Neraka, Wali’uzubillah.
“Wahai
orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api
Neraka”
(Surah
at-Tahrim 66:6)
Amin
Ya Rabb…!
Comments
Post a Comment